Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2018

3 September 2018 hingga 7 September 2018

139) RANCANGAN EKONOMI PERTANIAN SEMENYIH

Tahun: 2018

Sesi: 2

Isu: Industri Asas Tani

Adun: Y.B. Tuan Bakhtiar Bin Mohd Nor

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Adakah pelan atau rancangan bagi membina satu kawasan di Semenyih bagi tujuan industri kecil dan sederhana (IKS) untuk membantu penduduk tempatan menaikkan taraf ekonomi mereka?

    Belum ada perancangan daripada Kerajaan Negeri untuk tujuan ini. Walau bagaimanapun perkara ini boleh dipertimbangkan untuk perlaksanaan di masa hadapan.

     

  2. Berapa peruntukan yang disediakan kepada petani-petani kecil di Selangor? Petani di Beranang minta peruntukan bagi membangunkan kawasan penanaman serai dan ditukar kawasan penanaman padi kepada serai.

    Dalam tempoh 2016 hingga 2018, Kerajaan Negeri melalui Jabatan Pertanian telah memberi bantuan berjumlah RM 79,050 kepada penanam serai di Beranang bagi membantu mereka membangunkan kawasan tanah sawah yang kini ditukar kepada tanaman serai. Petani yang ingin memohon bantuan boleh terus berhubung dengan Jabatan Pertanian Daerah Hulu Langat.

Lampiran

Tiada Lampiran.