Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2010
12 April 2010 hingga 14 April 2010
36) RAMPASAN TANAH
Tahun: 2010
Sesi: 1
Isu: Tanah & Sumber Alam
Adun: Y.B. Tuan Mat Shuhaimi Bin Shafiei
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Apakah status terkini perampasan tanah hak milik yang digunakan sebagai tempat pelupusan sampah ? Nyatakan jumlah mengikut daerah?
- Setakat ini tindakan perampasan tanah yang disalahgunakan oleh pemilik tanah sebagai tempat pelupusan sampah hanya melibatkan daerah Gombak sahaja. Bagi daerah tersebut sejumlah 5 lot tanah terlibat di mana 4 lot tanah diwartakan Notis 8A Kanun Tanah Negara iaitu notis mengesahkan pengambilan tanah kepada Kerajaan, manakala 1 lot lagi sedang dalam proses untuk penyiaran warta Notis 8A tersebut melalui Percetakan Nasional.
-
Apakah cerita sebenar berkenaan Yayasan Basmi Kemiskinan (YBK) dan huraikan sejarahnya?
- Pada 24 Oktober 1994, Pejabat Tanah Hulu Selangor telah menerima permohonan pemberimilikan tanah seluas 227 ekar di Mukim Serendah yang dikemukakan oleh YBK bagi tujuan pembangunan. Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor (MMKN) kali ke 9/95 melalui kertas MMKN No. 60/9/95 yang diadakan pada 8hb Mac 1995 telah meluluskan permohonan tersebut bagi tujuan pelbagai tujuan.
Keputusan MMKN ke 34/95 telah meluluskan kadar premium bagi permohonan tanah YBK dikenakan nominal kepada RM 1,000 per lot dari RM 10,000 per ekar.
Jumlah keseluruhan tunggakan Cukai Tanah yang perlu bayar bagi hakmilik YBK sehingga tahun 2010 adalah berjumlah RM 6,916,623.10. PYBK (anak syarikat milik YBK) telah membayar Cukai Tanah sejak tahun 1996 hingga September 2008 dengan jumlah RM 1,133,360.20 dan jumlah tunggakan Cukai Tanah sehingga November 2008 ialah RM 6,389,357.05
Bagi 9 hakmilik yang bertunggakan cukai tinggi, jumlah keseluruhan tunggakan cukai tanah yang perlu dibayar sehingga tahun 2010 adalah sebanyak RM 6,180,614.10. Notis 6A telah dikeluarkan bagi 9 hakmilik tersebut.
BIL
NOMBOR HAKMILIK
TARIKH NOTIS DIKELUAR KAN
TARIKH NOTIS DITERIMA
OLEH YBK
TARIKH NOTIS DITERIMA OLEH PEMEGANG KAVEAT/ GADAIAN
TARIKH TAMAT NOTIS
1. 0909090044553001103 27/10/2009 29/10/2009 – 29/01/2010 2. 0909090015737001102 27/10/2009 29/10/2009 – 29/01/2010 3. 0909090044549001103 27/10/2009 29/10/2009 – 29/01/2010 4. 0909090044548001102 27/10/2009 29/10/2009 – 29/01/2010 5. 0909090044551001101 26/10/2009 14/12/2009 09/11/2009 14/03/2010 6. 0909090015237001102 26/10/2009 14/12/2009 25/11/2009 14/03/2010 7. 0909090014814001103 26/10/2009 14/12/2009 21/01/2010 21/04/2010 8. 0909090015235001100 26/10/2009 14/12/2009 21/01/2010 21/04/2010 9. 0909090014826001103 26/10/2009 14/12/2009 21/01/2010 21/04/2010 Pada 29/01/2010, pihak YBK telah membayar dengan menggunakan bank draf bagi hakmilik di (bil 7) sebanyak RM 102,820.70 iaitu tunggakan cukai tanah sehingga tahun 2009 dan bayaran Notis 6A mengikut amaun di Notis 6A yang telah dikeluarkan .
Manakala bagi hakmilik di (bil 8) pihak YBK telah membayar dengan menggunakan bank draf pada hari yang sama sebanyak RM 80,494.10 iaitu tunggakan cukai tanah sehingga tahun 2009 dan bayaran Notis 6A mengikut amaun di Notis 6A yang telah dikeluarkan.
Pada 01/02/2010, pihak Yayasan Melaka bagi pihak Permodalan YBK Sdn Bhd telah membayar dengan menggunakan bank draf yang berjumlah RM 5,000,000.00 dan RM 439,463.80 untuk hakmilik di (bil 1,2,3,4,5 dan 6). Bank draft tersebut telah dikreditkan ke akaun CIMB Bendahari Negeri Selangor. Manakala bagi hakmilik di (bil 9) pihak YBK belum membayar tunggakan cukai tanahnya.
Pada 02/02/2010 Notis 8A telah dikeluarkan bagi hakmilik di (bil 1,2,3 dan 4) yang tamat tempoh Notis 6A pada 29/01/2010 yang mana pembayaran telah dilakukan pada 01/02/2010. Pada 03/02/2010 juga, surat telah disediakan kepada Permodalan YBK Sdn Bhd dan salinan kepada YB Dato Pegawai Kewangan Negeri Selangor. Perkara surat tersebut adalah bagi memaklumkan bahawa lanjutan daripada keputusan MMKN Selangor Bil5/2010 yang bersidang pada 03/02/2010, telah memutuskan agar Pentadbir Tanah Daerah Hulu Selangor mengembalikan dengan segera segala bayaran berkaitan percukaian tanah yang diterima dari atau bagi pihak YBK.
Pada 07/04/2010 bagi hakmilik di (bil 5dan 6) yang telah tamat tempoh Notis 6A, telah keluarkan Notis 8A dan borang permohonan kepada PNB telah disediakan pada 08/04/2010 untuk proses warta Notis 8A tersebut. Bagi hakmilik bernombor 7,8 & 9 tarikh tamat Notis 6A ialah 21hb April 2010 dan Notis 8A (Perampasan Tanah) hanya boleh dikeluarkan selepas tarikh tersebut.