Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2024

70) RAKAN MUDA

Tahun: 2024

Sesi: 1

Isu: Generasi Muda & Sukan

Adun: Y.B. Tuan Muhammad Izuan Bin Ahmad Kasim

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah cadangan kerajaan untuk menjayakan rakan muda?

    Rakan Muda merupakan satu inisiatif dibawah Kementerian Belia dan Sukan yang merupakan platform pengisian masa berkualiti dan penyatuan perpaduan belia berumur 15 hingga 30 tahun. Pada 25 Jun 2023, Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah melancarkan nafas baru 10 Gaya Hidup Rakan Muda. Manakala, bagi Kerajaan Negeri Selangor pula telah mempunyai Dasar Belia Selangor (DBS) 2020 yang mempunyai 10 domain utama dalam pembangunan sahsiah belia. Penyelarasan bagi program-program negeri melalui Pindaan dan Penambahbaikan Tatacara Penggerak Belia Selangor (PeBS) akan menggabungkan semua Gaya Hidup Rakan Muda selaras dengan Dasar Belia Selangor (DBS) 2020 seperti berikut;:-

  2. Adakah PeBS akan turut terlibat dengan rakan muda?

    Penggerak Belia Selangor (PeBS) adalah medium Kerajaan Negeri untuk menjalankan program – program belia di peringkat akar umbi. Dasar Belia Selangor (DBS) 2020 merupakan garis panduan utama yang digunapakai oleh semua ahli Penggerak Belia Selangor (PeBS). Melalui tatacara PeBS, program-program PeBS akan diselaraskan dengan 10 Gaya Hidup Rakan Muda supaya manfaat daripada Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri dapat dinikmati oleh golongan belia.

  3. Bagaimanakah langkah kerajaan untuk mempromosikan rakan muda di Selangor?

    Program Rakan Muda adalah satu program yang dikenali oleh seluruh masyarakat sejak ia dilancarkan pada tahun 1994. Bagi mempromosikan Rakan Muda di Negeri Selangor, Penggerak Belia Selangor (PeBS) boleh melaksanakan program – program di kawasan dengan berpandukan Dasar Belia Selangor (DBS) 2020 dan membantu mempromosikan program Rakan Muda dengan kerjasama Jabatan Belia dan Sukan Selangor. Penglibatan Ahli – Ahli Dewan Negeri, Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan agensi-agensi dibawah Kerajaan Negeri boleh diselaraskan dengan membawa kedua-dua agenda, Malaysia Madani dan Kita Selangor.

Lampiran

Tiada Lampiran.