Mesyuarat Pertama (Pembukaan) Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Yang Keempat Belas Tahun 2022

14 Mac 2022 - 18 Mac 2022 Dan 21 Mac 2022 - 25 Mac 2022 (Isnin - Jumaat, dan Isnin - Jumaat)

132) RAKAN DIGITAL SELANGOR

Tahun: 2022

Sesi: 1

Isu: Sains, Teknologi & ICT

Adun: Y.B. Tuan Lau Weng San

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Senaraikan bagaimana peruntukan sebanyak RM3 juta untuk program ini pada tahun 2021 telah digunakan oleh PNSB.

    Sebahagian besar peruntukan bagi Inisiatif Rakan Digital Selangor (RDS) adalah untuk gaji/upah bagi melantik Duta Rakan Digital Selangor untuk membantu perniagaan mikro (penjaja dan peruncit) mendaftarkan perniagaan mereka ke dalam Platform Selangor (PLATS) – sebuah platform promosi dan direktori digital yang dibangunkan untuk menggerakkan ekonomi penjaja dan peruncit Selangor. Duta RDS akan turut membantu kumpulan sasaran menggunakan platform sosial media untuk meningkatkan pendedahan dan pendapatan dengan mendapatkan pelanggan baru.

  2. Siapakah senarai orang muda di Kuala Langat yang telah dilantik sebagai Rakan Digital Selangor untuk menggerakan program ini?

    Sasaran jumlah duta RDS di lantik bagi tahun 2021 adalah 1,000 orang dan permohonan serta mereka yang menghadiri latihan adalah melebihi sasaran 1,331 peserta dan seramai 1,042 Rakan Digital Selangor telah di lantik. Walaubagaimanapun, sebahagian besar duta RDS ini hanya terdiri dari mereka yang berada di pusat bandar seperti di Petaling Jaya, Subang Jaya, Shah Alam, Ampang Jaya dan Kajang . Tiada data duta RDS dari Kuala Langat bagi tahun 2021. Untuk tahun 2022, Inisiatif Rakan Digital Selangor akan menyasarkan penglibatan lebih menyeluruh dari semua warga Selangor.

Lampiran

Tiada Lampiran.