Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2014
16 Jun 2014 hingga 18 Jun 2014
123) RAIN HARVESTING/PENUAIAN HUJAN
Tahun: 2014
Sesi: 2
Isu: Alam Sekitar
Adun: Y.B. Tuan Hasbullah Bin Mohd Ridzwan
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Apakah dasar kerajaan negeri di dalam prospek Rain Harvesting atau Penuaian Hujan di Selangor?
Kerajaan Negeri melalui Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) menyokong baik Pelan Tindakan Kejiranan Hijau yang telah diwartakan oleh Kementerian
Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) yang menggariskan agar Rainwater Harvesting System atau Sistem Penuaian Air Hujan (SPAH) ini diguna pakai oleh bangunan-bangunan kerajaan, PBT dan juga bangunan individu sebagai salah satu langkah pengurusan air yang berkesan. Walau bagaimanapun, Kerajaan Negeri masih belum mempunyai dasar khusus berhubung perkara tersebut.
-
Apakah perancangan dari kerajaan negeri bagi menjadikan Rain Harvesting atau Penuaian Hujan di Selangor sebagai suatu sumber penggunaan air?
Kerajaan Negeri melalui PBT telah mewajibkan setiap permohonan pelan bangunan yang dikemukakan bagi rumah sesebuah, berkembar dan semua kategori bangunan berasingan yang mempunyai kawasan berbumbung melebihi 100m2 mengadakan SPAH pada pelan dan bangunan tersebut selaras dengan Pewartaan Pindaan Undang-undang Kecil Bangunan Seragam Selangor 2012.
Kerajaan Negeri juga mengambil serius kepentingan SPAH dengan membina sistem yang sama di Bangunan Dewan Jubli Perak bertujuan untuk mengelakkan penggunaan air bersih bagi kerja-kerja pembersihan, penyiraman pokok bunga dan ‘toilet flushing’ seterusnya boleh menjimatkan / mengurangkan perbelanjaan bil air yang ditanggung oleh Kerajaan Negeri. Projek ini akan siap sepenuhnya pada Ogos 2014.
Satu kajian bersama dengan pihak Jabatan Pengairan Dan Saliran (JPS) dan PBT akan diadakan bagi mengenal pasti potensi penggunaan sistem SPAH dan On Site Detention (OSD) untuk dimasukkan dalam pembinaan perumahan baru.