Mesyuarat Pertama Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2017
24 Julai 2017 hingga 28 Julai 2017 dan 31 Julai 2017 hingga 04 Ogos 2017
222) PWB – PUSAT WANITA BERDAYA
Tahun: 2017
Sesi: 1
Isu: Wanita & Keluarga
Adun: Y.B. Tuan Haji Saari Bin Sungib
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Apakah objektif strategik yang hendak dicapai melalui PWB?
Kerajaan Negeri amat serius dan komited dalam memberdayakan wanita Justeru itu, Kerajaan Negeri melalui Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Wanita dan Keluarga telah merangka objektif strategik yang hendak dicapai melalui Pusat Wanita Berdaya (PWB). Objektif strategik PWB adalah berperanan sebagai medan bagi memberdaya dan menggalakkan wanita untuk bergiat aktif selain melaksanakan aktiviti yang boleh menjana pendapatan kepada komuniti tersebut dengan memberi ilmu yang bermanfaat seperti kelas jahitan, masakan, kraftangan dan lain-lain.
-
Apakah ukuran dan piawaian yang digunakan untuk mengukur kejayaan programprogram PWB?
Kerajaan Negeri amat mementingkan keberkesanan prestasi dan kualiti dalam setiap program yang dilaksanakan. Sehubungan itu, bermula pada tahun 2017, PWB akan mengedarkan borang penilaian program kepada peserta bagi semua program yang menggunakan peruntukan PWB sebagai ukuran dan piawaian yang digunakan untuk mengukur kejayaan program-program PWB. Dengan cara ini, Kerajaan Negeri dapat menilai sejauh mana kejayaan dan keberkesanan program PWB yang telah dijalankan di setiap DUN. Setiap DUN harus mencapai sekurang- kurangnya 80 peratus kepuasan peserta yang mengikuti program PWB bagi memastikan program berkualiti dan Antara kriteria yang akan dinilai oleh peserta ialah penyampaian fasilitator, kaitan kandungan info dengan kursus, penambahan ilmu pada peserta, kesan dan kepentingan program pada peserta, nota edaran dan kelengkapan kursus, keselesaan tempat kursus, aktiviti tambahan, makanan yang disediakan, rumusan keseluruhan program dan cadangan penambahbaikan bagi program yang dijalankan. Peserta boleh memberikan penilaian daripada skala 1 (sangat lemah) sehingga skala 7 (cemerlang). Jika penilaian program PWB tidak mencapai 80 peratus, maka program tersebut akan dinilai semula untuk diberi tambah nilai atau Penyelia PWB disarankan untuk menjalankan program yang lain bagi pemberdayaan wanita.
-
Berapakah peruntukan untuk seluruh program PWB bagi tahun 2017?
Kerajaan Negeri telah memperuntukkan sebanyak RM1,680,000.00 setiap tahun untuk diagihkan kepada PWB DUN seluruh Selangor. Bermula tahun 2015 sehingga 2017, setiap PWB DUN diperuntukkan sebanyak RM30,000 untuk melaksanakan program pemberdayaan wanita di DUN masing-masing.