Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2021

23 Ogos 2021 hingga 27 Ogos 2021, 30 Ogos 2021, 1 September 2021 hingga 3 September 2021 dan 6 September 2021

203) PWB DUN SABAK

Tahun: 2021

Sesi: 1

Isu: Wanita & Keluarga

Adun: Y.B. Tuan Ahmad Mustain Bin Othman

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Saya ingin mengajukan soalan mengenai PWB. Mengapa PWB DUN Sabak tidak pernah berjumpa atau bekerjasama dari sudut pentadbiran dan juga setiap program yang dijalankan?

    Untuk makluman Ahli Yang Berhormat Sabak, PWB DUN Sabak sejak tahun 2018 sentiasa bekerjasama dengan pelbagai golongan masyarakat termasuk pihak Yang Berhormat yang telah pun memberikan sokongan dan kelulusan dalam melaksanakan program-program PWB di DUN Sabak. Kerjasama erat ini diteruskan bagi manfaat masyarakat DUN Sabak melalui sokongan dan kelulusan kertas kerja serta laporan pelaksanaan program di bawah kendalian Yang Berhormat Tuan Ir Izham bin Hashim sebagai penyelaras DUN Sabak yang baharu.

Lampiran

Tiada Lampiran.