Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2021

23 Ogos 2021 hingga 27 Ogos 2021, 30 Ogos 2021, 1 September 2021 hingga 3 September 2021 dan 6 September 2021

107) PWB

Tahun: 2021

Sesi: 1

Isu: Wanita & Keluarga

Adun: Y.B. Tuan Shatiri Bin Mansor

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Adakah rancangan untuk memberi sebarang elaun kepada AJK PWD?

    Untuk makluman Ahli Yang Berhormat Kota Damansara, buat masa ini tiada sebarang elaun diberikan kepada AJK PWB oleh Kerajaan Negeri. Namun demikian, sekiranya terdapat keperluan pemberian elaun kepada AJK PWB di masa hadapan, Kerajaan Negeri akan mempertimbangkan cadangan tersebut tertakluk kepada kelulusan dan kedudukan kewangan Kerajaan Negeri Selangor.

  2. Adakah sebarang bantuan kemudahan infra ( i.e internet) untuk melaksanakan program online?

    Dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), semua program PWB di DUN telah dilaksanakan secara dalam talian (online). Sehubungan itu, sebarang kemudahan infra yang diperlukan oleh PWB di DUN telah disediakan peruntukan perbelanjaan yang berkaitan, tertakluk kepada keperluan dan permohonan peralatan logistik mahupun teknikal bersesuaian (sebagai contoh : sewaan peralatan rakaman, sewaan zoom) yang diperlukan oleh setiap PWB DUN masing-masing dalam melaksanakan dan menjayakan setiap program yang dirancang secara online ini untuk dimanfaatkan oleh semua golongan masyarakat.

  3. Adakah sebarang initiatif oleh kerajaan untuk melatih penyelia-penyelia supaya mahir secara menyeluruh dalam menganjurkan program atas talian?

    Semenjak PKP diumumkan pada tahun 2020, Pengurusan PWB Selangor telah menganjurkan bengkel asas pengendalian program atas talian dengan memberikan kemahiran asas membuat rakaman menggunakan telefon pintar dan bersiaran secara terus menerusi FB page. Satu bengkel lanjutan kemahiran pengendalian program secara dalam talian telah dirangka oleh Pengurusan PWB yang kini di bawah pengurusan Wanita Berdaya Selangor (WBS) untuk dilaksanakan sebagai memberi nilai tambah kepada pengetahuan dan kemahiran para penyelia PWB di seluruh Selangor bagi memastikan kelancaran perlaksanaan program dalam talian yang bakal dianjurkan.

Lampiran

Tiada Lampiran.