Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2015
30 Mac - 3 April 2015 dan 6 April - 9 April 2015
52) PUSAT WANITA BERDAYA TELOK DATOK
Tahun: 2015
Sesi: 1
Isu: Wanita & Keluarga
Adun: Y.B. Tuan Loh Chee Heng
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Bagaimanakah keputusan atau markah yang dapat dalam temuduga oleh 2 orang calon Dun Telok Datok ?
Calon yang hadir temuduga bagi mengisi jawatan Penyelia PWB di DUN Telok Datok adalah seramai empat (4) orang. Namun demikian, keputusan atau markah berhubung pelantikan tersebut adalah dalam tindakan embargo ketika ini sehingga surat lantikan secara rasmi dikeluarkan oleh pihak Kerajaan Negeri.
-
Siapakah pihak yang menentukan soalan dan syarat pelantikan penyelia PWB?
Terdapat tiga (3) panel penemuduga bagi sesi temuduga untuk melantik Penyelia PWB. Panel-panel tersebut adalah terdiri daripada :-
- Wakil Bahagian Pengurusan Sumber Manusia (BPSM) SUK Selangor
- Wakil Seksyen Sektoral, Unit Perancang Ekonomi Negeri Selangor (UPEN)
- Wakil Pejabat YB Exco Jawatankuasa Tetap hal Ehwal Wanita dan Keluarga Selangor
Para panel penemuduga telah dibekalkan dengan garis panduan dan skema-skema soalan yang akan diutarakan kepada para calon. Skema soalan adalah skema yang standard dan digunakan untuk menemuduga calon-calon penjawat awam lantikan Bahagian Pengurusan Sumber Manusia SUK Selangor.
Manakala syarat-syarat pelantikan Penyelia PWB adalah seperti berikut :-
Syarat-Syarat Lantikan :
- Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut :
- Wanita, warganegara Malaysia;
- Menetap di kawasan DUN yang dipohon;
- Berumur diantara 25 hingga 55 tahun pada tahun ditemuduga;
- Minima Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang setaraf dengannya oleh Kerajaan;
- Kepujian Bahasa Malaysia (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan;
- Boleh mengendalikan komputer;
- Mempunyai lesen memandu; dan
- Boleh merancang dan mengurus program-program PWB dan hal ehwal wanita di kawasan DUN.
-
Apakah insentif yang disediakan bagi calon yang berjaya dilantik?
Insentif yang bakal diperolehi oleh Penyelia PWB adalah elaun sebanyak RM1,500.00 setiap bulan.