Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2016

28 Mac - 01 April 2016 dan 04 April - 08 April 2016

106) PUSAT WANITA BERDAYA (PWB)

Tahun: 2016

Sesi: 1

Isu: Wanita & Keluarga

Adun: Y.B. Tuan Khasim Bin Abdul Aziz

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Selain dari peruntukan, apakah bentuk bimbingan yang diberikan kepada penyelia PWB?

    Untuk makluman Yang Berhormat, sebanyak RM30,000.00 diperuntukkan setahun kepada PWB di setiap DUN bagi melaksanakan aktiviti/program meliputi 10 bidang fokus yang telah ditetapkan oleh Kerajaan Negeri diperingkat DUN masing-masing. Namun demikian, bagi memantapkan lagi organisasi PWB, Kerajaan Negeri juga sentiasa menyediakan bimbingan dan panduan kepada Penyelia PWB dalam bentuk kursus seperti berikut :

     

    BIL KURSUS TARIKH TEMPAT
    1. Kursus Asas Penyelia PWB

    Selangor 2015

    14 & 15 April

    2015

    Hotel Impian,

    Morib

     

     

    2.

    Kursus Pengurusan Kewangan Berhemah, Kemahiran Organisasi Dan Kefahaman Gender Untuk Penyelia Pwb

    Selangor

    10 & 11 Ogos

    2015

    Hotel Premiere, Klang
    3. Kursus Pengucapan Awam 6 November

    2015

    Hotel Premiere,

    Klang

     

    4.

    Program Pemantapan

    Organisasi Pusat Wanita Berdaya (Pwb) Selangor 2016

    8, 9, & 10

    Januari 2016

    Hotel Impian, Morib

     

  2. Sehingga kini apakah PWB telah berjaya mencapai sasaran seperti yang dikehendaki?

    Sebagai makluman, melalui pelaksanaan program-program oleh PWB di peringkat DUN seluruh Selangor, pengujudan PWB ini telah berjaya dalam mencapai sasaran dan objektif ke arah memenuhi misi pemberdayaan wanita Selangor seperti berikut :

    1. Membina jati diri wanita yang dinamik;
    2. Memupuk sifat daya saing wanita dengan mempersiap dan melahirkan wanita yang mempunyai pelbagai kemahiran melalui pelaksanaan program-program masakan, jahitan, kraftangan dan sebagainya;
    3. Membantu wanita mencapai keseimbangan kerjaya dan keluarga;
    4. Menggalakkan penglibatan wanita di dalam sosio-ekonomi dan politik dalam masyarakat;
    5. Memantapkan kepimpinan wanita dan pembuat keputusan disemua peringkat masyarat; dan
    6. Memberi kesedaran dan pemahaman masyarakat terhadap isu-isu gender dan hak asasi

    Pelaksanaan program-program PWB di peringkat DUN sepanjang tahun 2015 juga telah berjaya menyentuh kira-kira 30,600 orang wanita yang turut sama menjayakan program- program yang dianjurkan.

    Untuk makluman semua, melalui PWB ini juga seramai dua (2) orang penyelia PWB iaitu daripada DUN Sungai Pinang dan DUN Bukit Gasing telah dilantik sebagai Ahli Majlis pada tahun 2016 ini. Begitu juga melalui PWB, seramai 20 orang terapis wanita yang mana 10 orang daripadanya adalah terdiri daripada golongan ibu tunggal telah berjaya dilahirkan melalui Program Mobile Spa Terapis PWB dengan kerjasama pihak Mustika Ratu (M) Sdn Bhd. Statistik menunjukkan purata pendapatan bersih seseorang terapis Mobile Spa ini boleh mencecah RM2,248.00 sebulan. Dan pendapatan yang tertinggi pernah diterima dalam tempoh sebulan adalah sebanyak RM3,430.00.

  3. Saya difahamkan masih ada DUN yang belum menubuhkan PWB. Kenapa?

    Daripada jumlah keseluruhan 56 DUN di Selangor, sebanyak 54 DUN telah mempunyai Penyelia PWB. Manakala baki dua (2) DUN yang belum dilantik adalah penyelia PWB bagi DUN Subang Jaya dan DUN Hulu Klang kerana calon-calon bagi kedua-dua DUN ini tidak melaporkan diri bagi menerima tawaran setelah melepasi sesi

    Oleh yang demikian, bagi sesi lantikan baru mulai 1 April 2016 ini adalah diharapkan kesemua calon yang telah dikemukakan oleh ADUN kawasan masing-masing menerima tawaran dan seterusnya memenuhi 56 jawatan penyelia PWB di setiap DUN agar program-program yang dirancang dapat dilaksana dan dimanfaatkan terutama kepada komuniti wanita seluruh Selangor.

Lampiran

Tiada Lampiran.