Mesyuarat Kedua Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2017
24 Julai 2017 hingga 25 Julai 2017
123) PUSAT WANITA BERDAYA (PWB)
Tahun: 2017
Sesi: 2
Isu: Wanita & Keluarga
Adun: Y.B. Puan Rodziah Binti Ismail
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Apakah jenis peruntukan yang disediakan bagi menjayakan program dan pengoperasian PWB? Sila nyatakan
Kerajaan Negeri komited dan memandang serius akan usaha-usaha serta pelaksanaan program-program pemberdayaan wanita di Selangor. Maka, diwujudkan Pusat Wanita Berdaya (PWB) di setiap 56 DUN seluruh Selangor yang bertindak sebagai agen penghubung di antara Kerajaan Negeru dengan masyarakat akar umbi dalam merangka, melaksana dan seterusnya menjayakan program-program pemberdayaan wanita tersebut.
Sejumlah RM1,680,000.00 telah diperuntukkan oleh Kerajaan Negeri setiap tahun bagi tujuan pelaksanaan program-program pemberdayaan ini oleh kesemua PWB Selangor melalui Peruntukan Pembanguna di bawah P01-06001 Program Pemberdayaan Wanita dan Keluarga. Daripada jumlah tersebut, PWB di DUN mendapat agihan peruntukan sebanyak RM30,000.00 bagi setiap DUN dan telah disalurkan sepenuhnya kepada setiap PWB DUN bagi melaksanakan program-program pemberdayaan wanita berskala kecil dalam bentuk program berstruktur dan program tidak berstruktur mengikut keperluan komuniti wanita di DUN masing-masing.
-
Apakah Kerajaan Negeri Selangor bajet khas untuk pengoperasian premis PWB? Jika ada, berapakah siling yang boleh dipohon secara bulanan atau tahunan?
Pusat Wanita Berdaya (PWB) merupakan penghubung antara Kerajaan Negeri dengan wanita di akar umbi. PWB juga berperanan sebagai agen pembangunan wanita setempat. Sebanyak 53 DUN telah mempunyai penyelia PWB di mana kebanyakkan mereka diletakkan di Pusat Khidmat Masyarakat (PKM) ADUN Kawasan masing-masing. Sehubungan itu, tiada sebarang kos pengoperasian premis yang terlibat. PWB adalah digalakkan untuk memilih premis-premis kerajaan yang boleh digunasama bagi lokasi pengoperasian. Ini adalah bertujuan untuk mengurangkan kos pengoperasian dan penyelenggaraan. Namun demikian, hanya sebilangan kecil sahaja penyelia yang telah mempunyai premis pengoperasian sendiri. Buat masa ini, Kerajaan Negeri tiada menyediakan bajet khas untuk pengoperasian premis PWB. Kerajaan Negeri akan meneliti cadangan peruntukan bagi pengoperasian premis PWB di masa hadapan kerana ia akan melibatkan implikasi kos yang tinggi kepada Kerajaan Negeri.
-
Nyatakan peruntukan yang telah digunakan oleh setiap PWB tahun 2017
Bagi meningkatkan lagi pembangunan wanita Selangor, Kerajaan Negeri telah memperuntukkan sebanyak RM1,680,000.00 setiap tahun bagi tujuan pelaksanaan program-program pemberdayaan ini oleh kesemua PWB Selangor. Berikut adalah butiran daripada peruntukan yang diberikan oleh Kerajaan Negeri kepada PWB Selangor sehingga Jun 2017:-
- Peruntukan yang diterima : RM1,680,000.00
- Jumlah yang dibelanjakan : RM695,796.00
- Baki peruntukan : RM984,204.00
- Jumlah program yang telah : 545 buah program dilaksanakan