Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2018

3 September 2018 hingga 7 September 2018

147) PUSAT WANITA BERDAYA (PWB)

Tahun: 2018

Sesi: 2

Isu: Wanita & Keluarga

Adun: Y.B. Dato' Dr Ahmad Yunus Bin Hairi

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah status pembinaan kompleks pusat ini

    Pengujudan Pusat Wanita Berdaya (PWB) oleh Kerajaan Negeri Selangor sebagai pusat perkembangan potensi dan hub aktiviti wanita dalam komuniti di setiap 56 DUN secara tidak langsung menzahirkan keprihatinan dan sokongan Kerajaan Negeri terhadap usaha-usaha pemberdayaan warga Selangor terutamanya golongan wanita.

    Melalui PWB, pelbagai aktiviti meliputi aspek ilmu pengetahuan dan kemahiran yang tidak terbatas dizahirkan oleh dan kepada golongan wanita, yang turut menjadi sumber penjanaan pendapatan kepada golongan sasaran yang terlibat.

    Untuk makluman Yang Berhormat Sijangkang, buat masa ini tiada sebarang keperluan bagi pembinaan Kompleks Pusat Wanita Berdaya (PWB) memandangkan 56 PWB DUN yang diwujudkan ini menggunapakai sumber- sumber sedia ada.

    Walau bagaimanapun, sekiranya terdapat keperluan di masa hadapan, Kerajaan Negeri bersedia mempertimbangkan cadangan penubuhan kompleks tersebut untuk kesejahteraan dan manfaat golongan wanita di Selangor.

  2. Adakah Kerajaan Negeri bercadang menaiktarafkan pusat ini sebagai Pusat Pembangunan Keluarga?

    Permohonan bagi pembinaan Hospital Kapar hanya boleh diangkat oleh pihak Jabatan Kesihatan Negeri Selangor (JKNS) untuk dimasukkan di dalam RMK-11 RP5 (Tahun 2020) apabila isu pemberimilikan tapak selesai.

    Sebagai makluman, Mesyuarat Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri ke 21/2018 bertarikh 18 Julai 2018 telah meluluskan pemberimilikkan bagi Hospital Kapar dengan keluasan 202,347 meter persegi bagi tempoh pajakan selama-lamanya.

Lampiran

Tiada Lampiran.