Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2024
206) PUSAT WANITA BERDAYA – PWB
Tahun: 2024
Sesi: 1
Isu: Wanita & Keluarga
Adun: Y.B. Tuan Muhammad Izuan Bin Ahmad Kasim
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Apakah tindakah kerajaan untuk memastikan PWB di Negeri Selangor berkesan?
Untuk memastikan Pusat Wanita Berdaya (PWB) di Negeri Selangor berkesan, berikut merupakan usaha berterusan yang telah dilakukan;
1) Pemilihan bagi calon Penyelia Pusat Wanita Berdaya (PWB) bagi sesi 2023/2025 telah dilaksanakan kriteria dan syarat bagi memastikan Penyelia (PWB) adalah daripada kalangan yang terbaik. Calon yang menghadiri sesi temuduga menjalani saringan psikometrik serta saringan pengetahuan am tentang negara Malaysia dan Negeri Selangor.
2) Bagi tahun 2024, Kerajaan Negeri juga merancang untuk melaksanakan program pemerkasaan penyelia PWB secara berkala termasuklah untuk memberi pendedahan kepada kemahiran pengurusan dan kepenyeliaan, memberi pemahaman tentang halatuju Pusat Wanita Berdaya Selangor serta memperkasa peranan penyelia sebagai agen penyampai maklumat inisiatif Kerajaan Negeri Selangor.
-
Kenapakah peruntukan PWB bagi setiap DUN berkurang daripada tahun sebelumnya?
Bagi tahun 2024, Kerajaan Negeri Selangor memperuntukkan sebanyak RM3 juta untuk program-program Pusat Wanita Berdaya Selangor merangkumi program bulanan yang akan dilaksanakan di peringkat DUN dan program induk di peringkat Wanita Berdaya Selangor. Oleh itu, jumlah peruntukan adalah sama seperti tahun lepas.