Mesyuarat Kedua Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2016
01 Ogos 2016 - 02 Ogos 2016
284) PUSAT WANITA BERDAYA
Tahun: 2016
Sesi: 2
Isu: Wanita & Keluarga
Adun: Y.B. Tuan Ng Tien Chee
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Nyatakan jumlah peruntukan yang telah dibelanjakan oleh setiap kawasan masing-masing dengan pencapaiannya
Kerajaan Negeri Selangor amat prihatin dan serius dalam membangunkan wanita di Selangor. Jesteru itu, Kerajaan Negeri telah menyediakan sejumlah peruntukan setiap tahun bagi menjayakan agenda Pemberdayaan Wanita Selangor yang berjumlah RM1,680,000.00 melalui aktiviti dan program pembangunan serta latihan Pusat Wanita Berdaya. Sehingga Jun 2016, sebanyak RM568,885.00 telah digunakan oleh PWB di seluruh Selangor daripada jumlah yang diperuntukkan oleh Kerajaan Negeri.
-
Nyatakan jumlah peserta program-program yang telah di anjurkan mengikut kawasan masing-masing
Kerajaan Negeri memandang serius agenda Program Pemberdayaan Wanita di Selangor bagi meningkatkan keupayaan wanita dalam mengharungi cabaran arus globalisasi. Sehubungan itu, Pusat Wanita Berdaya (PWB) merupakan satu badan yang bertindak sebagai agen penghubung Kerajaan Negeri dangan masyarakat akar umbi dalam melaksanakan program-program pemberdayaan wanita tersebut. Berikut adalah jumlah peserta yang telah mengikut program- program yang dianjurkan oleh PWB mengikut kawasan masing-masing seperti di LampiranA