Mesyuarat Kedua Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2016

01 Ogos 2016 - 02 Ogos 2016

194) PUSAT WANITA BERDAYA

Tahun: 2016

Sesi: 2

Isu: Wanita & Keluarga

Adun: Y.B. Puan Rodziah Binti Ismail

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah KRA dan KPI yang digunakan bagi memantau perlaksanaan program dan pencapaian PWB setiap DUN?

    Pusat Wanita Berdaya merupakan antara komponen penting bagi merealisasikan agenda pemberdayaan wanita di Negeri Selangor. Penubuhannya selaras dengan kehendak semasa wanita di Negeri Selangor yang memerlukan sebuah platform latihan, menimba ilmu, mengasah bakat dan kemahiran, melahirkan wanita yang bersahsiah tinggi dan berkepimpinan serta membantu ekonomi rumah tangga.

    Kerajaan Negeri telah meletakkan beberapa Bidang Keberhasilan Utama atau Key Result Area (KRA) dalam memantau dan pelaksanaan program serta pencapaian PWB. Berikut adalah empat KRA yang ditetapkan beserta Petunjuk Prestasi Utama atau Key Performance Indicators (KPIs) masing-masing.

  2. Sila nyatakan peruntukan yang telah dikeluarkan untuk setiap DUN sehingga Jun 2016.

    Kerajaan Negeri Selangor amat prihatin dan serius dalam membangunkan wanita di Selangor. Justeru itu, Kerajaan Negeri telah menyediakan sejumlah peruntukan setiap tahun bagi menjayakan agenda Pemerdayaan Wanita Selangor. Jumlah tersebut adalah sebanyak RM 1,680,000.00 setahun. Sehingga Jun 2016, sebanyak RM 568,885.00 yang telah digunakan oleh PWB diseluruh Selangor daripada RM 1,680,000.00 yang diperuntukkan oleh Kerajaan Negeri. Peruntukan yang telah digunakan oleh setiap DUN adalah seperti di Lampiran A.

  3. Mengapakah peruntukan yang berikan tidak sepenuhnya di salurkan kepada setiap PWB?

    Kerajaan Negeri memandang serius dengan agenda Program Pemerdayaan Wanita di Selangor. Sehubungan itu, Pusat Wanita Berdaya (PWB) merupakan satu badan yang bertindak sebagai agen penghubung Kerajaan Negeri dangan masyarakat akar umbi dalam melaksanakan program-program pemberdayaan wanita tersebut. Maka Kerajaan Negeri telah menyediakan peruntukkan sebanyak RM1,680,000.00 setahun untuk disalurkan kepada Pusat Wanita Berdaya (PWB) Selangor bagi melaksanakan program-program pemerdayaan wanita.

    Dengan jumlah tersebut setiap PWB DUN telah mendapat agihan sebanyak RM30,000.00 dan telah disalurkan sepenuhnya kepada setiap PWB DUN bagi menjalankan program-program pemberdayaan wanita berskala kecil dalam bentuk program berstruktur dan program tidak program berstruktur mengikut keperluan wanita di DUN masing-masing. Namun demikian, peruntuk sebanyak RM30,000.00 tersebut adalah dibawah seliaan Pejabat Daerah/Tanah dan para penyelia boleh menuntut bayaran pelaksanaan program dengan menggunakan kaedah bayaran balik ke Pejabat Daerah/Tanah yang masing-masing.

    Lampiran A

     JUMLAH PERUNTUKAN YANG TELAH DIBELANJAKAN SETIAP PWB DUN PADA JANUARI SEHINGGA JUN TAHUN 2016

     

    BIL

     

    DUN

    PERUNTUKAN YANG TELAH DIGUNAKAN (RM)
    1 N.01 – SUNGAI AIR TAWAR 9,300.00
    2 N.02 – SABAK 15,290.00
    3 N.03 – SUNGAI PANJANG 15,090.00
    4 N.04 – SEKINCHAN 16,600.00
    5 N.05 – HULU BERNAM 3,500.00
    6 N.06 – KUALA KUBU BAHARU 3,050.00
    7 N.07 – BATANG KALI 5,560.00
    8 N.08 – SUNGAI BURONG 7,650.00
    9 N.09 – PERMATANG 11,400.00
    10 N.10 – BUKIT MELAWATI 18,250.00
    11 N.11 – IJOK 9,000.00
    12 N.12 – JERAM 3,200.00
    13 N.13 – KUANG 14,840.00
    14 N.14 – RAWANG 15,550.00
    15 N.15 – TAMAN TEMPLER 4,500.00
    16 N.16 – BATU CAVES 13,800.00
    17 N.17 – GOMBAK SETIA 9,900.00
    18 N.18 – HULU KLANG 0.00
    19 N.19 – BUKIT ANTARABANGSA 13,000.00

    Lampiran A

     

    BIL

     

    DUN

    PERUNTUKAN YANG TELAH DIGUNAKAN

    (RM)

    20 N.20 – LEMBAH JAYA 18,080.00
    21 N.21 – CHEMPAKA 11,700.00
    22 N.22 – TERATAI 13,000.00
    23 N.23 – DUSUN TUA 17,250.00
    24 N.24 – SEMENYIH 4,800.00
    25 N.25 – KAJANG 16,510.00
    26 N.26 – BANGI 14,900.00
    27 N.27 – BALAKONG 14,560.00
    28 N.28 – SERI KEMBANGAN 8,620.00
    29 N.29 – SERI SERDANG 5,700.00
    30 N.30 – KINRARA 10,900.00
    31 N.31 – SUBANG JAYA 0.00
    32 N.32 – SERI SETIA 12,040.00
    33 N.33 – TAMAN MEDAN 7,700.00
    34 N.34 – BUKIT GASING 13,900.00
    35 N.35 – KAMPUNG TUNKU 0.00
    36 N.36 – DAMANSARA UTAMA 0.00
    37 N.37 – BUKIT LANJAN 0.00
    38 N.38 – PAYA JARAS 14,130.00
    39 N.39 – KOTA DAMANSARA 17,300.00
    40 N.40 – KOTA ANGGERIK 5,000.00

    Lampiran A

     

    BIL

     

    DUN

    PERUNTUKAN YANG TELAH DIGUNAKAN

    (RM)

    41 N.41 – BATU TIGA 8,700.00
    42 N.42 – MERU 13,520.00
    43 N.43 – SEMENTA 12,200.00
    44 N.44 – SUNGAI PINANG 1,500.00
    45 N.45 – SELAT KLANG 27,055.00
    46 N.46 – PELABUHAN KLANG 13,300.00
    47 N.47 – PANDAMARAN 12,260.00
    48 N.48 – KOTA ALAM SHAH 3,500.00
    49 N.49 – SERI ANDALAS 6,800.00
    50 N.50 – SRI MUDA 10,400.00
    51 N.51 – SIJANGKANG 4,500.00
    52 N.52 – TELOK DATOK 1,200.00
    53 N.53 – MORIB 16,130.00
    54 N.54 – TANJONG SEPAT 4,200.00
    55 N.55 – DENGKIL 21,350.00
    56 N.56 – SUNGAI PELEK 16,700.00
    JUMLAH (RM) 568,885.00

Lampiran

Tiada Lampiran.