Mesyuarat Kedua Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2016
01 Ogos 2016 - 02 Ogos 2016
66) PUSAT WANITA BERDAYA
Tahun: 2016
Sesi: 2
Isu: Wanita & Keluarga
Adun: Y.B. Tuan Loh Chee Heng
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Adakah Kerajaan Negeri menetapkan satu piawaian standard untuk menilai prestasi setiap DUN yang menjalankan Pusat Wanita Berdaya?
Kerajaan Negeri amat menitikberatkan soal kualiti dalam segenap aspek pengurusan. Dalam kaitan tersebut, Pusat Wanita Berdaya (PWB) Selangor juga tidak terlepas dari penilaian prestasi bagi menetapkan mutu dan kualiti sesebuah PWB tersebut.
Bagi memastikan penilaian prestasi 56 DUN adalah selari dan seragam (standard), maka Kerajaan Negeri dibawah Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Wanita dan Keluarga telah menyediakan Manual Prosedur Operasi PWB yang memuatkan beberapa perkara penting antaranya :-
- Peranan dan tanggungajawab penyeralas dan penyelia PWB;
- Tatacara pelaksanaan program PWB;
- Tatacara kewangan PWB; dan
- Kaedah penilaian prestasi
Manual ini juga turut menyediakan Borang Penilaian Prestasi Penyelia PWB bagi menilai prestasi penyelia berkaitan kemahiran dan kebolehan dalam melaksanakan tugasan sebagai penyelia PWB. Selain itu, operasi kehadiran dan prestasi penyelia akan dipantau dari semasa ke semasa.
Manakala orang awam pula boleh menilai prestasi PWB jika mereka menjadi peserta program-program PWB dan borang penilaian program akan diedarkan kepada peserta pada penghujung program bagi mendapatkan maklum balas peserta. Buat masa ini penilaian orang awam terhadap program-program PWB tidak diambilkira. Namun begitu, Pihak Kerajaan Negeri sentiasa terbuka menerima pandangan, maklumbalas, cadangan dan aduan daripada orang awam bagi proses penambahbaikan program PWB pada masa akan datang.
-
Mengapakah pelantikan calon PWB tidak di iklankan di media sebagai pilihan kedua Kerajaan Negeri?
Pelantikan calon penyelia PWB tidak diiklankan di media kerana penyelia yang dilantik hendaklah mempunyai hubungan baik dengan pihak ADUN dengan tujuan membantu ADUN untuk menjalankan program-program pemberdayaan untuk wanita setempat. Walau bagaimanapun, sekiranya terdapat cadangan untuk pelantikan calon penyelia PWB itu diiklankan di media, Kerajaan Negeri akan mempertimbangkan perkara tersebut di masa hadapan.
-
Apakah cara orang awam boleh menilai prestasi seseorang PWB?
Sama seperti di SUB (a)