Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2016

28 Mac - 01 April 2016 dan 04 April - 08 April 2016

269) PUSAT TUISYEN RAKYAT SELANGOR (PTRS)

Tahun: 2016

Sesi: 1

Isu: Pendidikan

Adun: Y.B. Tuan Jakiran Bin Jacomah

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Apakah matlamat dan objektif pelaksanaan PTRS?

    Matlamat dan objektif pelaksanaan Program Tuisyen Rakyat adalah seperti berikut:

     

    • membantu para pelajar yang berada di tahap sederhana untuk mendapat keputusan yang lebih baik dan layak masuk ke universiti;

     

    • membantu para pelajar yang berasal dari keluarga yang berpendapatan rendah RM3,000.00 ke bawah untuk memberi pendidikan yang terbaik kepada anak-anak mereka;

     

    • menyempurnakan dan merealisasikan Dasar Kerajaan Negeri dalam memenuhi agenda Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES);

     

    • membantu memantapkan jatidiri pelajar/mengurangkan gejala sosial melalui program-program sokongan; dan

     

    • memberikan satu bentuk perkhidmatan penjanaan modal insan dalam bentuk sumbangan pendidikan dan kemasyarakatan yang
  2. Bagaimanakah PTRS beroperasi?

    Program Tuisyen Rakyat Selangor beroperasi di seluruh 56 kawasan Dewan Negeri Selangor. Setiap kawasan Dewan Negeri akan mempunyai sekurang- kurangnya satu pusat tuisyen dan akan dipantau oleh seorang Koordinator Pembangunan Modal Insan (KPMI) yang telah dilantik oleh Ahli Dewan Negeri atau Pegawai

  3. Berapakah jumlah peruntukan bagi melaksanakan PTRS?

    Jumlah peruntukan bagi Program Tuisyen Rakyat Selangor adalah sebanyak RM3.45 juta bagi setiap tahun dan dilaksanakan di seluruh Negeri

Lampiran

Tiada Lampiran.