Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2020

30 Oktober 2020 - 12 November 2020

73) Pusat Tuisyen Rakyat Selangor (PTRS)

Tahun: 2020

Sesi: 3

Isu: Pendidikan

Adun: Y.B. Tuan Leong Tuck Chee

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Adakah Kerajaan akan mengembalikan program Pusat Tuisyen Rakyat Selangor (PTRS)?

    Program Tuisyen Rakyat kini masih dilaksanakan dan dijangka akan selesai pada Disember 2020. Tempoh masa pelaksanaannya berubah berikutan perubahan tarikh peperiksaan SPM 2020 yang akan dilaksanakan pada bulan Januari kelak.

  2. Jika ya, nyatakan masa yang akan dimulakan.

    Bagi tahun 2020, program ini telah bermula pada bulan Februari yang lalu. Namun begitu terpaksa di kemaskini pelaksanaannya selari dengan SOP yang ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia. Oleh itu, PTRS kini masih dilaksanakan melalui bimbingan guru-guru secara atas talian dengan menggunakan pelbagai aplikasi pembelajaran atas talian yang sedia ada.

  3. Jika tidak, nyatakan sebab-sebabnya.

    PTRS masih dilaksanakan namun begitu pelaksanaannya terikat dengan SOP semasa oleh Kementerian Pendidikan yang tidak membenarkan sebarang aktiviti bersemuka dengan para pelajar. Oleh itu sepanjang tempoh PKP berlangsung para guru telah melaksanakan PTRS secara atas talian melalui pelbagai medium dan aplikasi yang sesuai.

Lampiran

Tiada Lampiran.