Mesyuarat Ketiga (Bajet) Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Yang Keempat Belas Tahun 2022

23 - 25 November, 29 - 30 November, 1 - 2 Disember & 5 - 6 Disember 2022

13) PUSAT TUISYEN RAKYAT SELANGOR

Tahun: 2022

Sesi: 3

Isu: Pendidikan

Adun: Y.B. Tuan Azmizam Bin Zaman Huri

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Apakah status terkini Pusat Tuisyen Rakyat Selangor (PTRS)?

    Program Tuisyen Rakyat Selangor (PTRS) diteruskan seperti tahun-tahun sebelum ini dengan penambahbaikan terhadap golongan sasar yang mana pada tahun ini pelaksanaan kelas PTRS bukan sahaja diberikan kepada pelajar lemah, tetapi dibuka juga satu kelas khas kepada pelajar cemerlang satu subjek yang diteliti oleh sekolah. Pada Januari – Mac 2022, pelaksanaan Kelas Cemerlang telah dilaksanakan bagi pelajar SPM 2021.

    Pelaksanaan PTRS bagi pelajar SPM 2022 pula telah dimulakan pada 1 Jun 2022 setelah pengagihan modul sebanyak 40,000 buah modul dilaksanakan. Sehingga Oktober 2022, bagi kategori pelajar SPM, seramai 40,906 orang pelajar telah menerima manfaat daripada program ini secara fizikal. Manakala penerima manfaat secara dalam talian adalah sebanyak 2,309 orang. Bagi pelajar Tahun 6 pula, seramai 10,000 pelajar telah mendapat manfaat dengan penerimaan modul PTRS secara fizikal.

  2. Apakah perancangan Kerajaan Negeri pada tahun hadapan?

    Kerajaan Negeri melalui Jawatankuasa Tetap Pendidikan serta sokongan MBI akan meneruskan program PTRS ini. Kerajaan Negeri sedang meneliti untuk memperkasakan program ini iaitu penambahan subjek-subjek selain 5 subjek sedia ada kerana terdapat permohonan daripada sekolah dan JPN Selangor. Selain itu, selain fokus kepada pelajar B40, Kerajaan Negeri turut akan membuka peluang kepada pelajar cemerlang untuk membantu merealisasikan peningkatan pencapaian SPM di Negeri Selangor.

    Bagi pelajar Tahun 6 pula, pelaksanaan akan masih diteruskan seperti biasa dengan pemberian modul bagi 4 subjek utama di bawah pakej B dan C.

Lampiran

Tiada Lampiran.