Mesyuarat Ketiga Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2016

31 October - 4 November 2016 dan 7 November - 10 November 2016

188) PUSAT TUISYEN RAKYAT (PTRS)

Tahun: 2016

Sesi: 3

Isu: Pendidikan

Adun: Y.B. Tuan Khasim Bin Abdul Aziz

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Sila nyatakan kejayaan yang telah dicapai sejak ditubuhkan

    Kejayaan yang telah diperoleh oleh Program Tuisyen Rakyat antaranya kebanyakan para pelajar dapat melanjutkan pelajaran ke peringkat IPT dalam lingkungan 60% sehingga 70% daripada keseluruhan peserta PTRS . Selain itu ada juga pelajar PTRS yang telah berjaya menamatkan latihan di dalam program pembangunan kerjaya iaitu Youth Enhancement Strategy (YES) yang dilaksanakan dengan kerjasama Selangor Human Resource Development Centre (SHRDC).

  2. Apakah perancangan selanjutnya terhadap para pelajar berdasarkan maklumat biodata yang ada

    Pada masa ini Jawatankuasa Tetap Pendidikan sedang merangka cadangan penambahbaikan terhadap program PTRS daripada aspek kaedah pelaksanaan, penglibatan dan perbelanjaan

     

Lampiran

Tiada Lampiran.