Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2010

08 November hingga 12 November 2010 dan 15 November 2010

2) PUSAT TEATER SHAH ALAM

Tahun: 2010

Sesi: 3

Isu: Adat Istiadat & Warisan

Adun: Y.B. Tuan Ng Suee Lim

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Sila nyatakan apakah perkembangan terkini pusat tersebut dan bagaimanakah sumbangannya terhadap kesenian Negeri Selangor ?

    Pada 28hb. Julai 2010 satu mesyuarat telah diadakan di bilik Mesyuarat Kekwa di Pejabat Kerajaan Negeri Selangor yang telah dipengerusikan oleh YB Rodziah Ismail. Dalam mesyuarat tersebut pengerusi telah memaklumkan bahawa pihak beliau dengan kerjasama Pertubuhan Arkitek Malaysia akan memeriksa mengenal pasti penambahbaikan-penambahbaikan yang perlu dibuat ke atas bangunan Teater ini sebelum bangunan tersebut digunakan. Sumbangan bangunan ini terhadap kesenian Negeri Selangor bergantung kepada perancangan yang akan diaturkan oleh pihak Kerajaan Negeri dan pihak “End-User” yang akan dilantik dan diberi tanggungjawab.

  2. Sila nyatakan berapakah jumlah keseluruhan kos pembinaan Teater tersebut dan bilakah ia mula digunakan ?

    Kos keseluruhan pembinaan Teater ini adalah berjumlah RM43,840,000.00 dan bangunan ini boleh digunakan apabila pihak Kerajaan Negeri sebagai pemilik bangunan ini melantik “End-User” yang akan diberi tanggungjawab untuk menjalankan aktiviti di bangunan ini.

  3. Sila nyatakan apakah perancangan Kerajaan Negeri untuk memperkasakan pusat Teater tersebut supaya dapat menonjolkan seni budaya Negeri Selangor dan sekali gus menarik lebih ramai pelancong datang melawat Selangor ?

Lampiran

Tiada Lampiran.