Mesyuarat Ketiga Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2016
31 October - 4 November 2016 dan 7 November - 10 November 2016
68) PUSAT TEATER SHAH ALAM
Tahun: 2016
Sesi: 3
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Tuan Ng Suee Lim
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Sila nyatakan apakah status terkini pusat teater tersebut.
Bangunan Teater ini dibina dengan menggunakan peruntukkan daripada Kerajaan Negeri Selangor. Manakala pihak MBSA dilantik sebagai Pengurus Projek dan Pengurus Bangunan sehingga diputuskan siapa/jabatan yang sepatutnya menguruskan serta mentadbir bangunan tersebut.
Pihak Berkuasa Negeri melalui Majlis mesyuarat kerajaan Negeri (MMKN 4/12/2016) telah bersetuju untuk menyerahkan Bangunan Teater Shah Alam ini kepada pihak PADAT. Walau bagaimanapun peruntukan untuk mengendali dan mengurus bangunan ini tidak dapat disediakan oleh pihak PADAT. Oleh yang demikian pihak MBSA diminta oleh pihak PADAT untuk menguruskan bangunan Teater ini sehingga Disember 2016. Pihak PADAT perlu bersedia untuk mengambil alih dan mengurus Bangunan Teater ini pada Januari 2017.
-
Sila nyatakan bagaimanakah sumbangan Pusat Teater Shah Alam kepada pembangunan seni dan kebudayaan Selangor?
Berdasarkan status pemilikan/pengurusan Bangunan Teater Shah Alam MBSA adalah sebagai Pegawai Penyelia, maka MBSA tidak membuat sebarang promosi kecuali menyemak mana-mana permohonan yang diterima untuk menyewa Teater Shah Alam seperti berikut :
BIL PENYEWA TEMPOH PENGGUNAAN PENDAPATAN (RM) 1. ASTRO Production Sdn Bhd · 1 Nov 2015 – 22 Jan 2016 · 23 Jan 2016 – 22 April 2016
253,212.80 541,956.80
2. Jabatan Agama Islam Selangor · 12 – 14 Mei 2016 (3 Hari) 7,937.30 (Bayaran – Untuk Kos Elektrik Sahaja)
3. Selangor Symphony Orchestra · 19 – 22 Mei 2016 (4 Hari) · 28 – 31 Julai 2016 (4 Hari)
35,610.70 30,832.75
4. Institut Darul Ehsan · 27 – 28 Mei 2016 (2 Hari) 24,168.00 5. Junior Chamber International · 5 – 6 Ogos 2016 (2 Hari) 14,298.55 -
Sila kemukakan jumlah kos penyelenggaraan tahunan pusat teater tersebut.
Kos penyelenggaraan tahunan Pusat Teater ialah seperti berikut :
BIL JENIS PENYELENGGARAAN KOS BAYARAN SETAHUN (RM)
1. Water Services Charges (TNEC) 166,575.00 2. Utiliti Air (SYABAS) 17,380.00 3. Utiliti Elektrik 144,000.00 4. Penyelenggaraan Bangunan 540,000.00 JUMLAH 867,955.00