Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2010

12 April 2010 hingga 14 April 2010

244) PUSAT TADIKA

Tahun: 2010

Sesi: 1

Isu: Pendidikan

Adun: Y.B. Tuan Ng Suee Lim

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Sila senaraikan butiran terperinci jumlah Pusat Tadika Rakyat yang bakal dibina oleh Kerajaan Negeri Selangor di setiap DUN yang dikenal pasti dan apakah kriteria-kriteria yang ditetapkan ?

  2. Sila nyatakan apakah matlamat utama Pusat Tadika Rakyat didirikan dan berapakah jumlah perbelanjaan yang bakal disalurkan untuk menjayakan program tersebut ?

  3. Sila nyatakan apakah jenis bayaran yang bakal dikenakan kepada pelajar-pelajar pra sekolah dan berapakah subsidi yang ditanggung oleh Kerajaan Negeri Selangor bagi setiap pelajar tadika tersebut ?

Lampiran

Tiada Lampiran.