Mesyuarat Pertama Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2017
24 Julai 2017 hingga 28 Julai 2017 dan 31 Julai 2017 hingga 04 Ogos 2017
108) PUSAT SUKAN LASAK
Tahun: 2017
Sesi: 1
Isu: Generasi Muda & Sukan
Adun: Y.B. Dato' Haji Amiruddin Bin Setro
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Nyatakan lokasi kemudahan sukan lasak yang ada di Selangor?
Terdapat beberapa tempat yang menyediakan aktiviti sukan lasak ini. Yang pertama di Gua Damai, Batu Caves. Gua Damai terkenal dengan aktiviti lasak rock climbing dan ia menjadi tumpuan para climber, dengan izin, memanjat bukit di situ. Tempat ini terletak dibawah kawasan Majlis Perbandaran Selayang. Yang kedua adalah Skatepark di Lembah Keramat, AU5C. Tempata ini juga menjadi tumpuan para peminat sukan ekstrim dan aktiviti skateboarding, rollerblading mendapat sambutan yang ramai disitu. Saya dimaklumkan pada setiap petang ada anak anak muda beriadah malah menganjurkan kejohanan kejohanan bersifat komuniti di situ. Dan yang ketiga ialah di Extreme Park @ 13, Shah Alam
-
Apakah usaha Kerajaan Negeri untuk mempergiatkan sukan lasak di Selangor?
Kerajaan Negeri sentiasa menyokong penuh aktiviti sukan lasak seperti skateboarding, rock climbing dan hang gliding. Aktiviti seumpama ini adalah menyihatkan dan pada masa yang sama menguji anak anak muda dalam sukan sukan lasak. Kerajaan Negeri melalui Bahagian Pembangunan Generasi Muda, Majlis Sukan Negeri Selangor sentiasa menyokong dan berusaha menyebarluaskan aktiviti ini ke seluruh Selangor. Selangor buat masa ini dalam proses perbincangan dalam membangunkan sukan aktiviti lasak ini. Ia bergantung kepada keperluan dan kehendak masyarakat setempat.