Mesyuarat Kedua Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2010

12 Julai 2010 hingga 15 Julai 2010

206) PUSAT SIBER RAKYAT

Tahun: 2010

Sesi: 2

Isu: Sains, Teknologi & ICT

Adun: Y.B. Tuan Haji Saari Bin Sungib

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Merujuk Ucapan Bajet 2010 (muka surat 35, 10 Nov 2009); ÒSatu projek Pusat Siber Rakyat (PSR) yang diintegrasikan dengan perpustakaan berobjektifkan pengembangan dan penggabungan konsep ilmu, maklumat dan pengetahuan dengan menggunakan digital dan buku-buku yang berbentuk fizikal. Program-program ICT mendapat peruntukan sebanyak RM9 juta bagi tahun 2010Ó : Apakah struktur pelaksanaan PSR di peringkat DUN?

  2. Apakah seperti program-program Tuisyen Rakyat, Pusat Komuniti Wanita dan Pusat Dialisis Rakyat, program PSR akan dilaksanakan melalui ADUN?

  3. Apakah pecahan-pecahan peruntukan RM9 juta dalam pelaksanaan PSR?

Lampiran

Tiada Lampiran.