Mesyuarat Ketiga Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2008
20 Oktober hingga 24 Oktober 2008 dan 28 Oktober hingga 29 Oktober 2008
37) PUSAT SIBER KAFE
Tahun: 2008
Sesi: 3
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Tuan Ng Suee Lim
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Sila nyatakan jumlah siber kafe yang berlesen dan beroperasi di Negeri Selangor mengikut PBT?
Setakat ini, Kerajaan Negeri Selangor telah mengeluarkan sebanyak 727 lesen kepada
pemilik premis siber kafe yang beroperasi mengikut PBT masing-masing. Senarai
premis berlesen adalah seperti berikut:
BIL NAMA PBT JUMLAH LESEN YANG DIKELUARKAN
1. MBSA 75
2. MBPJ 268
3. MPK 52
4. MPSJ 55
5. MPAJ 59
6. MPKj 91
7. MPS 46
8. MPSp 24
9. MDKS 4
10. MDKL 18
11. MDHS 25
12. MDSB 10
JUMLAH 727 -
Sila nyatakan apakah kriteria-kriteria yang dikenakan kepada para pengusaha siber kafe dan adakah ia dihadkan pemberian jumlah lesen?
Pemberian lesen kafe siber oleh PBT_PBT adalah tertakluk kepada garis panduan yang
dikeluarkan pihak berkuasa negeri melalui Pekeliling Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor Darul Ehsan (Seksyen Kerajaan Tempatan) PBT.KT.bil.3/2007 dan Undangundang Kecil Pusat Siber dan Kafe Siber 2007. -
Setakat ini bagaimanakah kerja-kerja pemantauan yang dijalankan oleh pihak PBT terhadap pusat siber kafe dan nyatakan apakah kesan sampingan terhadap masyarakat setempat?
Kebanyakan premis Pusat Siber dan Kafe Siber telah menyalahgunakan lesen yang
diberikan dengan menjalankan aktiviti berunsur perjudian, beroperasi lebih masa dan
membenarkan kanak-kanak sekolah bermain ’games’. Aduan juga kerap diterima dari
masyarakat setempat terhadap aktiviti premis ini. Antara peranan yang dilakukan oleh
PBT dalam memantau premis ini termasuklah:
i) tidak boleh membenarkan apa-apa bentuk perjudian / kacau ganggu
ii) tidak boleh membenarkan penjualan apa-apa bahan bercetak yang berunsur
negatif / lucah.
iii) tidak boleh membenarkan pelajar berpakaian sekolah memasuki premis
iv) tidak boleh menggunakan cermin gelap di premis dll.
v) mengambil tindakan sita atau kompaun terhadap pusat kafe siber tanpa lesen.
vi) memantau tempoh perniagaan pusat kafe siber yang menjalankan perniagaan
melebihi had masa yang ditetapkan