Mesyuarat Pertama Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2012

19 Mac - 23 Mac 2012 dan 26 Mac - 27 Mac 2012

198) PUSAT SIBER KAFE

Tahun: 2012

Sesi: 1

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Tuan Ng Suee Lim

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Sila nyatakan berapakah jumlah bilangan Pusat Siber Kafe di Negeri Selangor yang beroperasi secara sah mengikut pecahan daerah ?

    Jumlah Pusat Siber Kafe di Negeri Selangor adalah seperti berikut:

    BIL PIHAK BERKUASA TEMPATAN BILANGAN PUSAT SIBER KAFE
    1. MBSA 77
    2. MBPJ 42
    3. MPK 37
    4. MPAJ 56
    5. MPSJ 55
    6. MPS 114
    7. MPKj 85
    8. MPSp 17
    9. MDKS 16
    10. MDHS 19
    11. MDKL 22
    12. MDSB 22
  2. Sila nyatakan setakat ini bagaimanakah perkembangan terkini dengan larangan pemberian lesen Pusat siber Kafe yang baru oleh Semua PBT ?

    Setakat ini, pemberian lesen baru Pusat Siber Kafe masih lagi dibekukan di semua Pihak Berkuasa Tempatan Negeri Selangor. Walau bagaimanapun, kelonggaran diberikan kepada premis yang Pusat Siber Kafe yang dibuka berhampiran pusat pengajian tinggi bagi memenuhi keperluan pelajar. Namun, pengusaha perlu mendapatkan surat sokongan daripada pentadbiran pusat pengajian tinggi yang berkaitan sebagai dokumen sokongan bagi permohonan lesen.

    Larangan pemberian lesen Pusat Siber Kafe ini telah menyekat pertumbuhan premis Pusat Siber yang begitu banyak dan sukar dikawal sebelum ini. Larangan ini menyebabkan permohonan bagi mendapatkan lesen Pusat Siber semakin berkurangan dan tindakan penguatkuasaan terhadap premis yang tidak berlesen lebih mudah untuk dilaksanakan.

  3. Sila nyatakan bilakah garis paduan yang khusus mengenai Pusat Siber Kafe dapat diimplementasikan dan apakah pemantauan yang dijalankan oleh pihak PBT ?

    Garis panduan Pusat Siber dan Kafe Siber telah pun dibawa ke Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri pada 18 Januari 2012 yang lalu dan disahkan di dalam Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri bertarikh 1 Februari 2012. Pelaksanaan garis panduan tersebut masih di peringkat akhir dan dijangka akan dikuatkuasakan tidak lama lagi.

Lampiran

Tiada Lampiran.