Mesyuarat Pertama Penggal Keenam Dewan Negeri Selangor Tahun 2018

26 Mac 2018 hingga 28 Mac 2018

4) PUSAT SIBER CAFƒ

Tahun: 2018

Sesi: 1

Isu: Sains, Teknologi & ICT

Adun: Y.B. Tuan Ng Suee Lim

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Sila nyatakan berapakah jumlah pusat siber cafe yang beroperasi secara sah di setiap PBT?

    Jumlah Pusat Siber Cafe yang beroperasi secara sah di Negeri Selangor adalah 313 Perincian bilangan premis Pusat Siber Cafe berlesen mengikut PBT adalah seperti berikut :

     

    Bil. PBT Bilangan Berlesen
    1. MBSA 48
    2. MBPJ 32
    3. MPK 33
    4. MPAJ 18
    5. MPSJ 24
    6. MPS 17
    7. MPKJ 55
    8. MPSP 25
    9. MDKL 21
    10. MDHS 17
    11. MDKS 5
    12. MDSB 18
    JUMLAH 313

     

  2. Sila nyatakan apakah dasar KNS terhadap pengawalan dan pemantauan pusat tersebut?

    Kerajaan Negeri telah menetapkan beberapa dasar bagi pengawalan dan pemantauan pusat Pusat Siber Café. Antaranya adalah seperti berikut:

     

    • Undang-Undang Kecil Pusat Siber dan Kafe Siber (PBT) 2007;

     

    • Pekeliling Jabatan Kerajaan Tempatan JKT; JM/D/BIL.4/2015 iaitu Garis Panduan Pengawalan Perniagaan Pusat Siber dan Cyber Cafe :

    Pindaan; dan

     

    • Pekeliling Setiuasaha Kerajaan Negeri Selangor Darul Ehsan (Seksyen Pihak Berkuasa Tempatan) PBT:SPBT Bil.2/2012 iaitu Garis Panduan Pengawalan Perniagaan dan Reka Bentuk Pusat Siber dan Kafe Siber Negeri
  3. Sila nyatakan apakah kaedah proaktif yang dilakukan bagi menggalakkan penggunaan pusat siber cafe secara sihat?

    Pelbagai langkah dan kaedah proaktif telah dilakukan bagi menggalakkan penggunaan pusat siber café secara sihat, antaranya:

    • Membuat pemeriksaan bersepadu bersama agensi penguatkuasaan yang lain seperti Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) ;
    • Melaksanakan undang-undang dan garis panduan yang sedang berkuatkuasa

     

    • Melaksanakan penolakan cagaran iaitu 10% pelanggaran syarat pertama, 20% bagi pelanggaran syarat kedua, 30% bagi pelanggaran syarat ketiga dan pembatalan lesen bagi pelanggaran syarat melebihi tiga kali sepanjang tempoh kelulusan lesen;

     

    • PBT memberi tumpuan bagi keperluan pengeluaran lesen baru kepada kawasan yang berpotensi seperti berhampiran pusat pengajian tinggi awam/ swasta dan menghadkan kuota pengeluaran lesen baru di kawasan sediada; dan

     

    • PBT mewajibkan semua pengusaha mendaftar dan menggunakan sepenuhnya sistem B3 dan sistem E-Link bagi urusan kemasukan

Lampiran

Tiada Lampiran.