Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2009
08 Julai hingga 10 Julai 2009 dan 13 Julai hingga 15 Julai 2009
77) PUSAT REKREASI KELONG PARADISE BNO
Tahun: 2009
Sesi: 2
Isu: Pelancongan
Adun: Y.B. Tuan Ng Suee Lim
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Sila nyatakan bilakah pusat rekreasi Kelong Paradise BNO dirancang dan seterusnya siap dibina serta berapakah jumlah keseluruhan kos pembinaannya?
Pusat Rekreasi Kelong Paradise BNO merupakan bangunan milik Kerajaan Negeri yang telah siap dibina sepenuhnya pada 28 Februari 2002. Jumlah keseluruhan kos pembinaannya berjumlah RM8,515,996.50 iaitu termasuk kerjakerja sivil, elektrikal dan mekanikal. Komponen bangunan kelong adalah seperti berikut:-
- Tingkat Bawah
- Aras satu bangunan ini menempatkan bilik pengurusan, ruang penyambut tetamu, ruang istirahat dan kafeteria.
- Pelantar untuk memancing dan jaring menangkap ikan.
- Kelengkapan tandas lelaki dan perempuan
- Tingkat Atas
- 2 unit bilik VIP yang dilengkapi dengan alat hawa dingin dan tandas.
- Dormitori lelaki dengan muatan 40 orang dan dormitori perempuan 20 orang.
- Bilik sembahyang lelaki dan wanita untuk 30 orang berserta tempat wuduk.
- Tandas dan bilik mandi untuk lelaki dan perempuan
- Paras Bawah
- Catwalk untuk tujuan penyelenggaraan bangunan dan kecemasan.
- Kemudahan Lain
- Bilik generator dilengkapi dengan 2 unit generator berkuasa 40kVA setiap tahun
- Jentera pengangkut (jib crane)
- Sistem penangkap jaring ikan (net hauling system)
- Sistem bekalan air tawar yang diperolehi daripada air hujan
- Tingkat Bawah
-
Sehingga setakat ini, bagaimanakah sambutan pelancong asing dan domestik terhadap pusat rekreasi tersebut. Sila berikan butir-butir
- Sehingga setakat ini, sambutan pelancong asing dan domestik terhadap pusat rekreasi tersebut amatlah menggalakkan berdasarkan kepada pakej-pakej yang ditawarkan seperti berikut:-
- Pakej Memancing
- Pakej Percutian
- Pakej Mesyuarat dan Seminar
- Pakej Lawatan
- Sewaan Bilik
Jadual di bawah menunjukkan jumlah pelancong yang datang ke kelong dari tahun 2006 hingga Mei 2009 mengikut pakej-pakej yang ditawarkan.
Jumlah Pengunjung Bil. Pakej Yang Ditawarkan
2006 2007 2008 Sehingga Mei 2009
1. Memancing 1,894 2,337 2,372 873 2. Percutian 538 736 272 31 3. Mesyuarat dan seminar 88 190 87 – 4. Lawatan 100 112 72 – 5. Sewaan bilik 389 732 486 134 Sumber : Syarikat Line Alright Dot Com Sdn. Bhd.
Butir-butir terperinci jumlah pelancong yang datang ke kelong setiap bulan dari tahun 2006 hingga Mei 2009 mengikut pakej-pakej yang ditawarkan adalah seperti di Lampiran 1.
LAMPIRA 1
Jumlah Pengunjung Dari Tahun 2006 hingga Mei 2009
- Pakej Memancing
Tahun Bulan / Bilangan Pengunjung Jum Jan Feb Mac April Mei Jun Jul Ogos Sep Okt Nov Dis 2006 111 258 158 119 155 175 187 132 184 76 118 221 1,894 2007 201 359 331 183 179 177 117 226 126 65 177 196 2,337 2008 173 243 210 221 242 211 209 284 26 154 164 235 2,372 2009 220 176 203 98 176 – – – – – – – 873 - Pakej Percutian
Tahun Bulan / Bilangan Pengunjung Jum Jan Feb Mac April Mei Jun Jul Ogos Sep Okt Nov Dis 2006 35 37 63 35 41 65 29 38 38 33 34 90 538 2007 55 127 90 56 39 76 59 51 43 16 66 58 736 2008 38 38 41 9 42 41 6 11 – 6 8 32 272 2009 12 1 8 1 9 – – – – – – – 31 - Pakej Mesyuarat dan Seminar
Tahun Bulan / Bilangan Pengunjung Jum Jan Feb Mac April Mei Jun Jul Ogos Sep Okt Nov Dis 2006 – – – 17 – – 11 60 – – – – 88 2007 – 67 – – 15 24 – 84 – – – – 190 2008 – – – 52 – 20 – – – – – 15 87 2009 – – – – – – – – – – – – – Sumber : Syarikat Line Alright Dot Com Sdn. Bhd.
- Pakej Lawatan
Tahun Bulan / Bilangan Pengunjung Jum Jan Feb Mac April Mei Jun Jul Ogos Sep Okt Nov Dis 2006 8 8 3 – 25 21 – 7 15 6 2 5 100 2007 6 8 14 13 9 13 7 14 – – 25 3 112 2008 5 7 3 3 16 7 – 10 2 5 – 14 72 2009 – – – – – – – – – – – – – - Sewaan Bilik
Tahun Bulan / Bilangan Pengunjung Jum Jan Feb Mac April Mei Jun Jul Ogos Sep Okt Nov Dis 2006 5 35 30 38 23 24 50 74 33 5 18 54 389 2007 30 169 96 21 46 59 49 145 21 7 42 47 732 2008 20 115 42 64 96 59 13 10 4 9 17 37 486 2009 27 15 17 27 48 – – – – – – – 134 Sumber : Syarikat Line Alright Dot Com Sdn. Bhd.
-
Sila nyatakan berapakah kos penyelenggaraan pusat rekreasi Kelong Paradise BNO untuk setiap bulan dan apakah perancangan Kerajaan Negeri untuk membantu serta menaik taraf pusat tersebut?
Pusat Rekreasi Kelong Sabak Bernam ini telah diswastakan kepada Syarikat Line Alright Dot Com Sdn. Bhd. Kerja-kerja pengurusan kelong telah bermula secara interim pada 14 Julai 2005 dan orang ramai mula mengunjungi kelong pada awal tahun 2006. Segala kos pengurusan dan penyelenggaraan kelong telah ditanggung oleh pihak syarikat.
Kos penyelenggaraan kelong untuk setiap bulan adalah seperti di Lampiran 2. Kos penyelenggaraan termasuk bahan mentah, bahan bakar (diesel dan petrol), penyelenggaraan bot, penyelenggaraan kelong, jeti dan sebagainya.
Oleh sebab pengurusan Kelong Sabak Bernam ini adalah projek penswastaan di mana pihak syarikat telah diberi konsesi selama dua puluh (20) tahun untuk menguruskannya maka Kerajaan Negeri hanya membuat pemantauan berterusan ke atas kelong tersebut. Pihak syarikat diberi tanggungjawab untuk memajukan kelong dengan membuat pelbagai promosi bagi menarik pelancong untuk datang ke kelong.
LAMPIRAN 2
Kos Penyelenggaraan Pusat Rekreasi Kelong Paradise BNO Dari Tahun 2006 Hingga
2008
Bil. Bulan Kos Penyelenggaraan (RM) 2006 2007 2008 1. Januari 11,869.54 20,614.70 37,267.41 2. Februari 12,093.60 41,405.70 16,708.99 3. Mac 10,470.35 27,877.88 18,760.26 4. April 8,109.67 22,728.52 16,934.52 5. Mei 37,623.42 16,864.22 24,974.93 6. Jun 17,038.25 22,400.65 23,720.10 7. Julai 26,914.63 19,426.65 22,034.90 8. Ogos 21,639.73 29,305.08 19,169.70 9. September 18,959.25 10,079.20 3,302.80 10. Oktober 11,465.40 9,773.00 16,277.70 11. November 16,313.70 50,801.99 19,479.75 12. Disember 27,582.74 16,636.10 17,377.35 Jumlah Keseluruhan
220,080.28 287,913.69 236,008.41 Sumber : Syarikat Line Alright Dot Com Sdn. Bhd.