Mesyuarat Pertama (Pembukaan) Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Yang Keempat Belas Tahun 2022
14 Mac 2022 - 18 Mac 2022 Dan 21 Mac 2022 - 25 Mac 2022 (Isnin - Jumaat, dan Isnin - Jumaat)
175) PUSAT REKREASI DI SERENDAH
Tahun: 2022
Sesi: 1
Isu: Pelancongan
Adun: Y.B. Tuan Harumaini Bin Haji Omar
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Adakah kerajaan bercadang untuk membina pusat rekreasi berkongsepkan alam hijau di kawasan Serendah memandangkan di kawasan tersebut tidak mempunyai tempat beriadah yang sesuai dan terancang?
Untuk kawasan Serendah, MPHS berkolaborasi bersama penduduk Desa Anggerik Serendah untuk mewujudkan satu taman awam berkonsepkan kebun rekreasi dan perkongsian pintar. Kawasan kolam tadahan JPS dan kawasan lapang MPHS digunakan untuk mewujudkan taman tersebut.