Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2014

24 November - 28 November 2014 dan 01 Disember - 05 Disember 2014

65) PUSAT REKREASI AIR TERJUN

Tahun: 2014

Sesi: 3

Isu: Pelancongan

Adun: Y.B. Tuan Shahrum Bin Mohd Sharif

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Senaraikan pusat rekreasi air terjun yang terdapat di Selangor?

    Senarai Pusat Rekreasi Air Terjun yang berdaftar di Negeri Selangor antaranya adalah seperti berikut:-

     

    • Taman Rimba Ampang
    • Hutan Rekreasi Sungai Congkak
    • Air Terjun Sungai Tekala
    • Air Terjun Sungai Pangsun
    • Air Terjun Sungai Gabai
    • Air Terjun Templer Park
    • Air Terjun Batu Asah
    • Hutan Rekreasi Sungai Tua
    • Hutan Rekreasi Bukit Lagong
    • Hutan Rekreasi Kanching
    • Air Terjun Sungai Pisang
    • Hutan Rekreasi Sungai Kedondong
    • Air Terjun Semangkuk
    • Air Terjun Sungai Sendat
    • Air Terjun Sungai Chilling

     

  2. Apakah usaha kerajaan negeri untuk memastikan kawasan rekreasi air terjun kekal bersih dan selamat?

    Pelbagai usaha telah dilakukan oleh Kerajaan Negeri bagi memastikan kawasan rekreasi air terjun di Negeri Selangor terus kekal bersih dan selamat di antaranya adalah seperti berikut:

     

    Kerjasama Agensi Kerajaan

     

    1. Jabatan Perhutanan Negeri Selangor (JPNS)

    JPNS menyelia dan mengawal sebahagian besar Pusat Rekreasi Air Terjun di Negeri Selangor di bawah pentadbirannya. Kakitangan JPNS sentiasa membuat lawatan serta pemeriksaan dan

     

    memaklumkan kepada Kerajaan Negeri sekiranya terdapat sebarang ancaman atau kerosakan yang boleh mendatangkan bahaya kepada pengunjung.

    Bukan sekadar itu, JPNS telah menyelia kawasan tersebut dengan baik dan sentiasa memastikan aspek kebersihan di kawasan tersebut dipatuhi.

     

    1. Jabatan Alam Sekitar (JAS) dan Jabatan Kesihatan Negeri Selangor (JKNS)

    JAS dan JKNS telah memberikan komitmen serta kerjasama yang baik kepada Kerajaan Negeri dengan memaklumkan sekiranya terdapat ancaman penyakit atau kualiti air yang tidak baik yang boleh menjejaskan keselamatan dan kesihatan kepada pengunjung melalui pemeriksaan kualiti air secara berkala terutama apabila mendapat makluman tentang ancaman penyakit vektor seperti penyakit kencing tikus. Sehingga hari ini penularan penyakit ini di Pusat Rekreasi Air Terjun dapat dibendung dengan baik hasil kerjasama yang berterusan daripada semua pihak.

     

    1. Kerjasama Pihak Berkuasa Tempatan

    Melalui penyelenggaraan dan pemeriksaan berkala seperti yang dilaksanakan oleh JPNS.

     

    • Kerjasama Badan Bukan Kerajaan (NGO)

    Kerjasama bersama dengan Pertubuhan Pencinta Air Terjun Selangor. Pelbagai kempen dilaksanakan serta peruntukan sebanyak RM25,000.00 diberikan untuk menjalankan pelbagai program.

     

Lampiran

Tiada Lampiran.