Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2010
12 April 2010 hingga 14 April 2010
126) PUSAT-PUSAT SIBER
Tahun: 2010
Sesi: 1
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Tuan Lau Weng San
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Adakah kerajaan bercadang untuk membuka semula permohonan lesen-lesen pusat siber?
Kerajaan Negeri mempunyai cadangan membuka semula permohonan lesen-lesen
pusat siber kafe, walau bagaimanapun ia masih di peringkat kajian mengenai
pendekatan terbaik yang boleh digunakan agar pemantauan dan penguatkuasaan dapat
dilaksanakan dengan lebih efektif dan praktikal. Salah satu inisiatif yang dicadangkan
ialah reka bentuk pusat siber yang seragam untuk diguna pakai oleh pemohon baru. -
Apakah garis panduan Kerajaan Negeri yang sedia ada untuk mengawal operasioperasi pusat siber?
Buat masa ini. Kerajaan Negeri mengguna pakai UUK Pusat Siber dan Kafe Siber 2007
di semua PBT Selangor. Di dalam UUK ini telah dijelaskan kehendak serta spesifikasi
premis pusat siber dan juga kadar fi lesen yang telah dipersetujui oleh pihak Kerajaan
Negeri.