Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2010

08 November hingga 12 November 2010 dan 15 November 2010

120) PUSAT-PUSAT HIBURAN

Tahun: 2010

Sesi: 3

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Tuan Dr Abdul Rani Bin Osman

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Mengapakah tindakan tegas, drastik dan holistik seperti pembatalan permit, pemotongan api dan air, kompaun yang tinggi serta penyitaan yang berlarutan tidak diambil bagi mengatasi masalah pusat-pusat hiburan yang terbukti bermasalah ini ?

    Pihak PBT telah menjalinkan kerjasama dengan Pihak TNB dan SYABAS bagi tindakan pemotongan air dan elektrik di premis-premis yang bermasalah namun kuasa penuh pemotongan elektrik hanya di berikan kepada Ketua Polis Daerah. Undang-Undang yang di guna pakai oleh pihak Polis adalah di bawah Akta Rumah judi Terbuka 1953 dan Kompaun RM10,000.00. Pihak Berkuasa Tempatan hanya boleh membuat permohonan kepada Ketua Polis Daerah dan tindakan pemotongan oleh pihak TNB selain menyita premis pusat-pusat hiburan.

  2. Apakah syarat-syarat yang dikenakan bagi meluluskan permit pusat-pusat hiburan di Negeri Selangor ?

    Syarat-syarat yang dikenakan bagi meluluskan permit pusat-pusat hiburan di Negeri Selangor adalah berdasarkan Garis panduan Pemberian Lesen Hiburan Dan Tempat- Tempat Hiburan Di Kawasan Pentadbiran Pihak- Pihak Berkuasa Tempatan Di Negeri Selangor dengan syarat seperti berikut:-

    1. Lokasi premis bagi permohonan premis hiburan mestilah tidak kurang dari 300 meter dari kawasan rumah ibadat, sekolah dan hospital. Tidak kurang dari 100 meter dari Pejabat Kerajaan dan rumah kediaman.
    2. Pendekatan pemberian lesen semasa oleh PBT bagi setiap permohonan baru premis hiburan perlu mengemukakan cadangan konsep dan aktiviti hiburan yang akan dijalankan berserta cadangan lokasi, masa hiburan dan butiran syarikat. Jawatankuasa Mesyuarat Pelesenan akan mempertimbangkan terlebih dahulu sebelum sesuatu permohonan diluluskan. Sekiranya cadangan tersebut diluluskan pemohon dikehendaki mengemukakan permohonan kepada  pihak Majlis dan kelulusan permohonan lesen hiburan adalah tertakluk kepada sokongan pihak Polis dan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia.

Lampiran

Tiada Lampiran.