Mesyuarat Kedua Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2015

17 Ogos - 20 Ogos 2015

336) PUSAT PERJUDIAN HARAM

Tahun: 2015

Sesi: 2

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Tuan Shahrum Bin Mohd Sharif

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Nyatakan statistik terbaru pusat perjudian haram di Negeri Selangor

    Penguatkuasaan pusat perjudian tertakluk di bawah Akta Rumah Judi Terbuka 1953 di mana ia adalah di bawah bidang kuasa PDRM. Kebanyakan PBT tidak mempunyai data yang khusus berkenaan statistik ini. Walau bagaimanapun, rekod aktiviti perjudian haram di kawasan PBT adalah berdasarkan aduan atau laporan daripada orang

  2. Apakah bidang kuasa Kerajaan Negeri dan PBT untuk membenteras perkara ini?

    Bidang kuasa Kerajaan Negeri adalah menggubal dan meminda Enakmen dan undang-undang kecil (UUK) PBT yang berkaitan mengikut keperluan

     

    Bidang kuasa PBT pula adalah untuk melaksanakan pengoperasian lesen-lesen premis dan penguatkuasaan berdasarkan Enakmen Hiburan dan Tempat- Tempat Hiburan (Selangor) 1995 dan Undang-undang Kecil Pusat Siber 2007. Antara usaha-usaha PBT Negeri Selangor dalam membanteras perjudian haram adalah:

     

    • Premis boleh disita / dikompoun sekiranya menjalankan perniagaan tanpa lesen.

     

    • PBT memeriksa lesen-lesen premis yang cenderung menjalankan aktiviti perjudian haram seperti pusat siber dan pusat snuker samada mematuhi syarat lesen atau tidak dan tidak melesenkan premis yang terlibat dengan sebarang aktiviti

     

    • Pemantauan aktiviti pusat perjudian haram sentiasa diadakan di kawasan PBT masing-masing. Di samping itu, operasi bersepadu bersama PDRM juga turut dilaksanakan kerana pusat perjudian tertakluk di bawah Akta Rumah Judi Terbuka 1953 dimana ia adalah di bawah bidang kuasa PDRM.
  3. Bilakah enakmen baru yang bertujuan untuk tambah baik penguatkuasaan premis judi haram dan hiburan akan dikuatkuasakan?

    Pada masa ini, Kerajaan Negeri tidak mempunyai cadangan untuk menggubal enakmen khas untuk mengawal dan penguatkuasaan premis perjudian namun penguatkuasaan serta kawalan sentiasa dibuat berdasarkan Enakmen Hiburan dan Tempat-Tempat Hiburan (Selangor) 1995 dan Undang-Undang Kecil Pusat Siber dan Kafe Siber 2007 sedia

Lampiran

Tiada Lampiran.