Mesyuarat Kedua Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2016
01 Ogos 2016 - 02 Ogos 2016
151) PUSAT PENJAGAAN KANAK-KANAK YANG MAMPU (AFFORDABLE CHILD CARE CENTRE)
Tahun: 2016
Sesi: 2
Isu: Wanita & Keluarga
Adun: Y.B. Puan Gan Pei Nei
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Apakah kriteria dan syarat Kerajaan Negeri untuk menubuhkan Pusat Penjagaan Kanak-kanak yang mampu di Selangor?
Adalah menjadi hasrat Kerajaan Negeri Selangor untuk melihat lebih banyak pusat jagaan kanak-kanak yang mampu bayar didirikan di kawasan perumahan mampu milik khususnya, agar dapat membantu golongan wanita yang berkerjaya meneruskan pekerjaan di samping memastikan penjagaan yang selamat dan sempurna terhadap anak-anak mereka di tempat asuhan.
Buat masa ini, Kerajaan Negeri sedang mengkaji garis panduan pembangunan sedia ada untuk memastikan perancangan penubuhan pusat jagaan kanak-kanak diperuntukkan secara khusus dalam garis panduan pembangunan agar lebih banyak pusat jagaan kanak-kanak dapat diwujudkan di kawasan perumahan mampu milik dan kos rendah di setiap kawasan Pihak Berkuasa Tempatan.
-
Apakah bilangan pusat penjagaan kanak-kanak yang hendak ditubuhkan oleh Kerajaan Negeri Selangor dan apakah tempoh masa yang ditetapkan untuk mencapai sasaran ini?
Sama seperti di SUB(a)