Mesyuarat Pertama Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2017

24 Julai 2017 hingga 28 Julai 2017 dan 31 Julai 2017 hingga 04 Ogos 2017

192) PUSAT PENJAGAAN KANAK-KANAK

Tahun: 2017

Sesi: 1

Isu: Wanita & Keluarga

Adun: Y.B. Datuk Rosni Binti Sohar

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Bagaimanakah Kerajaan Negeri membendung kelahiran pusat penjagaan kanakkanak yang tidak berdaftar dan beroperasi dalam rumah kediaman?

    Jabatan Kebajikan Masyarakat telah melaksanakan pelbagai usaha bagi membendung kelahiran pusat jagaan kanak-kanak yang tidak berdaftar. Antaranya adalah menganjurkan program yang berbentuk advokasi untuk memberi kesedaran kepada pengusaha dan pengendali berdaftar dengan pihak Jabatan. Sepanjang tahun 2016 sebanyak 6 program advokasi telah dijalankan di kawasan tumpuan iaitu Petaling, Hulu Langat, Klang dan Kuala

     

    Selain daripada itu, mesyuarat Inter Agensi turut diadakan dalam membincangkan isu pendaftaran pusat jagaan yang melibatkan agensi teknikal seperti Pihak Berkuasa Tempatan, Jabatan BOMBA dan Penyelamat, Jabatan Kesihatan, Syarikat Suruhanjaya Malaysia, Jabatan Pendaftar Pertubuhan dan lain-lain. Sepanjang 2016, sebanyak 12 mesyuarat Inter Agensi telah diadakan di peringkat daerah dan negeri bagi membincangkan isu pendaftaran pusat jagaan dan TASKA.

    Sehingga Februari 2017, sebanyak 330 Pusat Jagaan Kanak-Kanak yang telah berdaftar dan 142 pusat jagaan kanak-kanak yang tidak berdaftar seperti berikut:

     

     

    Daerah

    Jumlah Pusat Jagaan Kanak- Kanak Berdaftar Jumlah Pusat Jagaan Kanak- Kanak Tidak Berdaftar  

    JUMLAH

    Petaling Jaya 141 44 185
    Gombak 38 39 77
    Klang 43 26 69
    Hulu Langat 62 7 69
    Sepang 23 15 38
    Hulu Selangor 11 3 14
    Kuala Selangor 5 4 9
    Kuala Langat 3 4 7
    Sabak Bernam 4 0 4
    JUMLAH 330 142 472

     

     

    Bagi membendung kes pusat jagaan kanak-kanak tidak berdaftar, Bahagian Penguatkuasaan Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Selangor telah mewujudkan kumpulan Task Force di peringkat daerah yang mengeluarkan surat peringatan sebagai tindakan awal sebelum pelaksanaan tindakan penguatkuasaan dijalankan melalui Akta Pusat Jagaan 1993 [Akta 506]. Bagi Pusat Jagaan yang tidak berdaftar, tindakan yang boleh diambil mengikut peruntukan Akta 506 adalah tindakan lak, kompaun dan pendakwaan.

  2. Adakah Kerajaan Negeri melakukan pemantauan ke pusat penjagaan kanakkanak di Selangor?

    Kerajaan Negeri melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat telah melaksanakan pemantauan ke pusat jagaan kanak-kanak di Negeri Selangor. Pemantauan yang dilaksanakan melalui pemeriksaan mengejut bagi pusat jagaan tidak berdaftar dan audit pematuhan bagi pusat jagaan berdaftar dilaksanakan oleh Pegawai Diberi Kuasa Pusat Jagaan di peringkat daerah. Sepanjang tahun 2016, sebanyak 163 Audit Pematuhan terhadap Taman Asuhan Kanak-Kanak dan 50 Audit Pematuhan terhadap Pusat Jagaan telah dilaksanakan. Sebarang ketidakpatuhan pusat jagaan terhadap Akta Pusat Jagaan 1993 dan Peraturan-Peraturan Pusat Jagaan 1994 akan disyorkan tindakan penguatkuasaan yang boleh diambil berdasarkan

    peruntukan Akta dan Peraturan. Berikut adalah jenis tindakan penguatkuasaan yang telah diambil bermula tahun 2015 sehingga Februari 2017.

    Jenis Tindakan 2015 2016 Februari 2017 JUMLAH
    Dakwa 1 1 2 4
    Lak 4 3 7
    Kompaun 3 2 2 7
    Tutup 2 1 3
    Batal Perakuan 4 7 4 15
    Arahan Bertulis 3 3 3 9
    JUMLAH 17 17 11 45
  3. Apakah inisiatif Kerajaan Negeri ke arah memperketatkan penguatkuasaan garis panduan pusat penjagaan kanak-kanak?

    Kerajaan Negeri melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat telah bergiat aktif bagi memberi kesedaran dan pengajaran kepada pengendali pusat jagaan kanak-kanak yang tidak berdaftar. Kumpulan Task Force di bawah Bahagian Penguatkuasaan yang ditubuhkan di peringkat daerah berusaha untuk mengenal pasti pusat jagaan yang tidak berdaftar dan memberi surat peringatan kepada pihak pusat jagaan. Tindakan Penguatkuasaan akan diambil sekiranya pihak pusat jagaan masih lagi berdegil untuk memulakan proses pendaftaran dengan pihak

Lampiran

Tiada Lampiran.