Mesyuarat Ketiga Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2016
31 October - 4 November 2016 dan 7 November - 10 November 2016
146) PUSAT PENJAGAAN ANAK-ANAK
Tahun: 2016
Sesi: 3
Isu: Wanita & Keluarga
Adun: Y.B. Datuk Rosni Binti Sohar
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Nyatakan jumlah pusat penjagaan anak-anak di Selangor mengikut PBT.
Untuk makluman Ahli-Ahli Yang Berhormat sekalian, berdasarkan kepada rekod pendaftaran pusat jagaan Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Selangor, sehingga September 2016 jumlah Pusat Jagaan Kanak-Kanak yang berdaftar di bawah Akta Pusat Jagaan 1993 adalah seperti berikut:-
BIL PIHAK BERKUASA TEMPATAN KATEGORI JUMLAH BERKEDIAMAN HARIAN 1 MAJLIS PERBANDARAN SUBANG JAYA 9 91 100 2 MAJLIS PERBANDARAN KAJANG 13 25 38 3 MAJLIS PERBANDARAN KLANG 3 34 37 4 MAJLS PERBANDARAN AMPANG JAYA 5 23 28 5 MAJLIS BANDARAYA PETALING 14 12 26 6 MAJLIS PERBANDARAN SELAYANG 6 17 23 7 MAJLIS BANDARAYA SHAH ALAM 4 10 14 8 MAJLIS PERBANDARAN SEPANG 2 12 14 9 MAJLIS DAERAH HULU SELANGOR 5 5 10 10 MAJLIS DAERAH KUALA SELANGOR 2 2 4 11 MAJLIS DAERAH KUALA LANGAT 1 3 4 12 MAJLIS DAERAH SABAK BERNAM 2 1 3 JUMLAH 66 235 301 -
Apakah prosedur yang harus dipatuhi untuk menubuhkan pusat tersebut?
Kerajaan Negeri menerusi Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sentiasa komited dalam memastikan pengoperasian pusat-pusat jagaan khususnya pusat jagaan kanak-kanak adalah mematuhi garis panduan sepertimana yang ditetapkan di dalam Akta Pusat Jagaan 1993 [Akta 506] dan Peraturan-Peraturan Pusat Jagaan 1994 [P.U. (A) 248/1994].
Setiap permohonan pendaftaran Pusat Jagaan Kanak-Kanak mestilah mematuhi syarat-syarat penubuhan pusat jagaan seperti berikut:
- Berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) atau Pendaftar Pertubuhan (ROS);
- Mendapat sokongan atau kelulusan daripada agensi teknikal iaitu:
- Pihak Berkuasa Tempatan (PBT);
- Jabatan Bomba dan Penyelamat;
- Jabatan Kesihatan
- Memenuhi standard minimum JKM iaitu:-
- Nisbah penjaga dengan penghuni :
Kanak-Kanak bawah 4 tahun
= 1 penjaga : 5 kanak-kanak
Kanak-Kanak 4- bawah 18 tahun
= 1 penjaga : 5 kanak-kanak
- Penjaga warganegara atau bukan mestilah berumur 18 tahun ke atas;
- Mematuhi nisbah penghuni dengan ruang lantai iaitu:
- Kanak-kanak bawah 10 tahun adalah 3.5 meter persegi;
- Kanak-kanak 10 tahun hingga bawah 18 tahun adalah 3.0 meter persegi;
- Menyediakan dan mempamerkan jadual menu makanan yang seimbang dan jadual aktiviti mengikut peringkat umur dan keperluan penghuni;
- Pusat jagaan hendaklah mempunyai kemudahan, peralatan dan perabot yang sesuai, selamat dan mencukupi bagi keperluan penghuni;
- Menyedia dan menyelenggara rekod-rekod di pusat jagaan; dan
- Menjaga kebersihan dan keselamatan di dalam dan luar premis Pusat jagaan.