Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2014

7 April - 11 April 2014 dan 14 April - 18 April 2014

243) PUSAT PENIAGA KECIL

Tahun: 2014

Sesi: 1

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Tuan Dr Abdul Rani Bin Osman

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Adakah ada permohonan Kebenaran Merancang, binaan gerai makanan berpusat di Jalan Teratai Meru?

    Setakat ini tiada permohonan Kebenaran Merancang atau cadangan binaan gerai makanan di Jalan Teratai Meru berpusat diterima oleh Majlis.

  2. Apakah status sewaan kedai pasar lama Meru setelah dinaikkan kadar sewa?

    Kedai Pasar Lama Meru telah pun ditawarkan kepada penyewa yang layak dan akan memasuki premis seawal 01/04/2014.

  3. Keadaan gerai-gerai MPK & Pejabat daerah yang uzur dan terhad. Mengapakah tiada lagi perancangan untuk penempatan baru?

    Penempatan baru bagi pembinaan gerai-gerai berpusat tidak dapat diwujudkan pada masa ini kerana tiada tapak yang sesuai dan masalah mengenal pasti tanah-tanah kerajaan. Walau bagaimanapun bagi pembangunan kawasankawasan industri Majlis mensyaratkan pihak pemaju membina gerai di atas sebahagian tanah seluas 0.25 ekar bagi lot-lot tanah industri yang melebihi 3 ekar tersebut.

Lampiran

Tiada Lampiran.