Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2024
04 Julai - 05 Julai 2024, 09 Julai - 12 Julai 2024 & 15 Julai - 18 Julai 2024 (Khamis - Jumaat, Selasa - Jumaat & Isnin - Khamis)
159) PUSAT PEMULIHAN DALAM KOMUNITI (PPDK)
Tahun: 2024
Sesi: 2
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Puan Mariam Binti Abdul Rashid
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Berapakah jumlah pelajar di setiap PDK di seluruh Selangor?
Jumlah pelatih di PPDK di Selangor adalah sebanyak 2,234 orang. Berikut adalah pecahan pelatih mengikut daerah:
Bil. Daerah/ Cawangan Pelatih PPDK (orang) 1. Petaling (termasuk Subang Jaya dan Shah Alam)
403 2. Hulu Langat 205 3. Gombak 400 4. Klang 293 5. Kuala Selangor 219 6. Kuala Langat 153 7. Hulu Selangor 232 8. Sepang 167 9. Sabak Bernam 162 Jumlah 2,234 -
Apakah modul yang dilaksanakan di PDK bagi mendedahkan OKU terhadap pendidikan seksual dan reproduktif?
Modul yang dilaksanakan di PPDK bagi mendedahkan OKU terhadap pendidikan seksual dan reproduktif adalah menggunakan Modul Live Life, Stay Safe yang disediakan oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia.