Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2023
10 November 2023, 14 November - 17 November 2023 & 20 November – 24 November 2023 (Jumaat, Selasa – Jumaat & Isnin - Jumaat)
270) PUSAT PEMULIHAN AKIDAH
Tahun: 2023
Sesi: 2
Isu: Hal Ehwal Islam
Adun: Y.B. Tuan Nushi Bin Mahfodz
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Berapakah bilangan mereka yang telah dimasukkan ke pusat pemulihan akidah yang dikendalikan oleh agensi Kerajaan Negeri Selangor dalam tempoh 5 tahun?
Sepanjang tempoh 5 tahun, bermula 2018 hingga 2022,seramai 122 orang pelatih lelaki telah menjalani proses pemulihan di Pusat Pemurnian Akidah Baitul Iman di Ulu Yam yang merupakan Rumah Pemulihan Majlis di bawah Majlis Agama Islam Selangor. Manakala bagi pelatih wanita yang yang menjalani proses pemulihan di Pusat Perlindungan Wanita Baitul Ehsan di Sabak Bernam pula ialah seramai 338 orang dalam tempoh masa yang sama. Kedua dua Rumah Pemulihan Majlis(Pusat Pemurnian Akidah Baitul Iman Ulu Yam dan Pusat Perlindungan Wanita Baitul Ehsan) ini menerima pelatih bagi kesalahan aqidah dan sosial.