Mesyuarat Ketiga (Bajet) Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Yang Keempat Belas Tahun 2022

23 - 25 November, 29 - 30 November, 1 - 2 Disember & 5 - 6 Disember 2022

184) PUSAT PEMINDAHAN SEMENTARA

Tahun: 2022

Sesi: 3

Isu: Kebajikan

Adun: Y.B. Puan Dr. Daroyah Binti Alwi

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Senaraikan cadangan pusat pemindahan sementara yang dijangka terkesan ramalan cuaca lembap hingga Mac 2023 mengikut daerah?

    Untuk makluman Yang Berhormat, Kerajaan Negeri telah mewartakan 796 Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di Negeri Selangor sebagai persiapan menghadapi Monsun Timur Laut 2022/2023. Perincian bilangan PPS mengikut Daerah adalah seperti berikut:

  2. Apakah kelengkapan tambahan yang disediakan Kerajaan Negeri bagi menghadapi sebarang kemungkinan?

    Untuk makluman Yang Berhormat, Kerajaan Negeri dalam proses perolehan (1) bot amfibia dan 30 unit bot inflatable untuk kegunaan sembilan (9) Pejabat Daerah & Tanah dan 12 Pihak Berkuasa Tempatan bagi memastikan bantuan segera boleh disalurkan kepada mangsa bencana banjir. Selain itu, Kerajaan Negeri juga telah menerima 8,543 cubical tent kurniaan DYMM Sultan Johor melalui Yayasan Sultan Ibrahim Johor (YSIJ). Pengedaran kelengkapan asas Pusat Pemindahan Sementara (PPS) seperti cubicle tent, selimut, tilam bantal dan keperluan asas ke semua JPBD telah diselaraskan bagi memastikan keselesaan mangsa bencana. Perincian kesiapsiagaan logistik JPBN Selangor adalah seperti di rajah:

    Kerajaan Negeri Selangor juga mengaktifkan Smart Selangor Operations Centre (SSOC) yang dikoordinasi bersama oleh Unit Pengurusan Bencana Negeri dengan agensi-agensi Negeri dan Persekutuan bagi memantau kejadian-kejadian bencana melalui setiap parameter cuaca sepanjang tahun. Segala amaran, hebahan dan pemantauan dilaksanakan melalui SSOC sepanjang masa.

Lampiran

Tiada Lampiran.