Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2021
23 Ogos 2021 hingga 27 Ogos 2021, 30 Ogos 2021, 1 September 2021 hingga 3 September 2021 dan 6 September 2021
181) PUSAT PEMBERIAN VAKSIN (PPV) SELANGOR
Tahun: 2021
Sesi: 1
Isu: Kesihatan
Adun: Y.B. Datuk Rizam Bin Ismail
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Berapakah jumlah keseluruhan PPV di Negeri Selangor?
Jumlah keseluruhan bagi Pusat Pemberian Vaksin (PPV) di Negeri Selangor
Operator Kesihatan
- JKNS – 64
- PHCorp – 403
Jumlah – 467
-
Negeri Selangor mempunyai kes tertinggi di Malaysia bagi kes positif COVID-19, berapakah jumlah rakyat Negeri Selangor yang sudah divaksin dan masih belum divaksin?
Sehingga 4 Ogos 2021 jumlah rakyat Negeri Selangor yang telah disuntik dos 1 ialah 3,379,916 (71.16%) daripada anggaran populasi 18 tahun ke atas iaitu 4,749,429
-
Apakah perancangan Kerajaan Negeri Selangor dalam mempercepatkan tahap Herd Immunity dan meningkatkan peratusan jumlah pemberian vaksin harian bagi rakyat Negeri Selangor?