Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2021
23 Ogos 2021 hingga 27 Ogos 2021, 30 Ogos 2021, 1 September 2021 hingga 3 September 2021 dan 6 September 2021
154) PUSAT PEMBERIAN VAKSIN DI MUKIM KLANG
Tahun: 2021
Sesi: 1
Isu: Kesihatan
Adun: Y.B. Tuan Leong Tuck Chee
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Nyatakan jumlah pemberian vaksin di Mukim Klang sehingga 31hb Jul 2021.
Berdasarkan laporan yang dikemukakan oleh pasukan MySejahtera, seramai 829,398 orang telah berdaftar untuk menerima vaksin di Daerah Klang. Seramai 701,389 orang telah mendapatkan vaksinasi. Manakala baki seramai 128,009 orang sedang dalam proses untuk melengkapkan dos ke 2.