Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2019
29 Julai 2019 dan 31 Julai 2019
12) PUSAT PELANCONGAN PELABUHAN KLANG
Tahun: 2019
Sesi: 2
Isu: Pelancongan
Adun: Y.B. Tuan Azmizam Bin Zaman Huri
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Adakah Kerajaan Negeri berhasrat untuk membangunkan Pekan Pelabuhan Klang yang kini seperti pekan tinggal kepada pusat pelancongan yang baru?
Pekan Pelabuhan Klang mempunyai potensi untuk dibangunkan di bawah seliaan Majlis Perbandaran Klang dan Lembaga Pelabuhan Klang (LPK). Ini kerana, Pekan Pelabuhan Klang akan menerima impak daripada cadangan pembangunan di bawah segmen ‘Kluster Industri Sokongan Pelabuhan dan Maritim’ yang telah ditetapkan oleh Kerajaan Negeri Selangor.
-
Apakah usaha-usaha yang telah dijalankan sehingga kini?
Kerajaan Negeri Selangor melalui UPEN Selangor telah meletakkan kawasan Pelabuhan Klang sebagai salah satu segmen di bawah ‘Kluster Industri Sokongan Pelabuhan dan Maritim’ di mana Tourism Selangor bersama agensi lain telah menetapkan hala tuju kluster ini seperti berikut :
- Menyediakan dan melaksanakan Port City Development Master Plan
- Menyelaras bidang kuasa PBT dan Pihak Berkuasa Pelabuhan dari aspek penyediaan dan penyelenggaraan infrastruktur dan kemudahan asas
- Menetapkan ‘zoning’ sebagai ‘Sea Fronting Land’ untuk “Port Related Activities” seperti pergudangan, depoh kontena kosong dan haulier yard
- Menambah baik infrastruktur di kawasan Pelabuhan Klang dan Pekan Pelabuhan Klang
- Menambah baik connectivity KLIA – Pelabuhan Klang
- Menjadikan kawasan pelabuhan sebagai “Smart Integrated Logistic Hub”
- Menggabungkan pelan tindakan dan pelaksanaan SMG seiring dengan pembangunan pelabuhan dan kawasan
Kawasan Pekan Pelabuhan Klang mempunyai masa hadapan dalam aspek tenaga kerja, pelaburan, pelancongan dengan beberapa pelan perancangan di bawah Kluster ini merangkumi :
- Cadangan penubuhan Regional Maritime Centre dan Pembangunan Universiti Maritim – skilled and semi-skilled, innovation to industry
- Menaik taraf fasiliti pelancongan cruise di Bousted Cruise Centre sebagai Main Water Gateway ke Selangor:
- Mewujudkan perkhidmatan Teksi Air, klinik, restoran &
- Mewujudkan pusat kebudayaan
- Menaik taraf Bousted Cruise Centre
- Pusat Informasi Pelancongan Negeri Selangor
- Pusat Penjualan Kraf – “MADE IN SELANGOR”