Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2024

15 November 2024, 18-22 November 2024, 25-28 November 2024

416) PUSAT PELANCONGAN DI BUKIT JUGRA

Tahun: 2024

Sesi: 3

Isu: n/a

Adun: Y.B. Tuan Rosnizan Bin Ahmad

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah perancangan terkini untuk memajukan pusat pelancongan di Bukit Jugra?

    Majlis Perbandaran Kuala Langat telah merancang Projek Pembangunan Sport-Tourism dengan Membina Dataran Berlepas Dan Kemudahan Bagi Kegunaan Pelancong Di Bukit Jugra Banting Selangor.

    Anggaran kos projek adalah sebanyak RM2.5 Juta yang melibatkan skop projek seperti lantikan perunding, anjung tinjau, pelantar kedua, pejabat urusan dan kemudahan infrastruktur yang lain. Permohonan peruntukan telah dihantar ke Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) melalui pihak UPEN untuk pertimbangan kelulusan.

    Selain itu, Pihak Majlis telah mengambil inisiatif bagi menyediakan kertas cadangan pelan pembangunan kawasan ini yang bertujuan untuk mewujudkan kawasan pelancongan dan rekreasi yang selamat khususnya untuk warga Kuala Langat berkonsepkan ‘Heritage Plaza’. Pihak MPKL juga telah memanjangkan permohonan peruntukan pada ICU JPM pada 25hb Julai 2023 bagi merealisasikan projek Pengindahan Heritage Plaza (Fasa 1) Bukit Jugra.

  2. Adakah kawasan sukan Paragliding dipuncak Bukit Jugra ini akan ditambah baik keseluruhannya?

    Berdasarkan perancangan projek yang dirancang sukan Paragliding dipuncak Bukit Jugra skop projek adalah melibatkan keperluan dan kesesuaian khusus bagi kemudahan sukan Paragliding seperti anjung tinjau, pelantar kedua, pejabat urusan dan kemudahan infrastruktur yang lain.

    Kertas Cadangan Projek Pengindahan Heritage Plaza (Fasa 1) Bukit Jugra ini masih di peringkat ‘conceptual’ dimana ia melibatkan cadangan kerja-kerja menaiktaraf infrastruktur sukan paragliding dipuncak Bukit Jugra termasuk kerja- kerja membina dataran kejat di tapak pelepasan paragliding, pembinaan amphitheater, pencahayaan di sekitar bukit jugra dan kerja kerja baikpulih komponen landskap seperti wakaf, papan tanda informasi dan pemasangan papan tanda Jugra yang baru.

  3. Adakah laluan sepanjang jalan di Bukit Jugra akan dipasang lampu untuk kemudahan dan keselamatan pelancong pada waktu malam?

    Jalan sepanjang laluan di Bukit Jugra tidak diselia oleh Majlis Perbandaran Kuala Langat dan ianya adalah dibawah seliaan Jabatan Kerja Raya (JKR).

    Walau bagaimanapun, kertas Cadangan Projek Pengindahan Heritage Plaza (Fasa 1) Bukit Jugra ini turut melibatkan kerja-kerja pemasangan lampu jalan daripada kaki bukit ke puncak bukit untuk kemudahan dan keselamatan pelancong pada waktu malam.

Lampiran

Tiada Lampiran.