Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2023

10 November 2023, 14 November - 17 November 2023 & 20 November – 24 November 2023 (Jumaat, Selasa – Jumaat & Isnin - Jumaat)

219) PUSAT PELANCONGAN ANTARABANGSA DI TAMAN ALAM KUALA SELANGOR

Tahun: 2023

Sesi: 2

Isu: Pelancongan

Adun: Y.B. Dato' Dr Ahmad Yunus Bin Hairi

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah status terkini pembangunan Pusat Pelancongan Antarabangsa di Taman Alam Kuala Selangor?

    Projek ini masih diperingkat untuk mendapat laporan “Feasibility Study” (Laporan Kebolehlaksanaan) dari pihak pelabur serta isu tanah dari Pejabat Tanah dan Daerah Kuala Selangor bagi memastikan segala syarat syarat dipatuhi bersama dan memberi kelebihan serta keuntungan kepada Kerajaan Negeri Selangor.

  2. Berapakah dapatan hasil secara langsung kepada Negeri Selangor?

    Hasil secara langsung kepada Kerajaan Negeri adalah dalam bentuk :

    i) Bayaran melalui nilai harga premium tanah

    ii) Cukai hiburan

    iii) Cukai pintu

    iv) Cukai-cukai yang berkaitan yang akan dikenakan oleh Pihak Berkuasa Tempatan

Lampiran

Tiada Lampiran.