Mesyuarat Kedua (Bajet) Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2021

26 November 2021, 29 November - 30 November 2021, 1 Disember - 3 Disember 2021 dan 6 Disember - 9 Disember 2021

29) PUSAT PELANCONGAN

Tahun: 2021

Sesi: 2

Isu: Pelancongan

Adun: Y.B. Tuan Harumaini Bin Haji Omar

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Bagaimanakah usaha kerajaan dalam menaiktaraf tempat-tempat pelancongan di kawasan DUN Batang Kali terutamanya yang mendapat tumpuan penduduk seperti Sg. Sendat, Sg. Kedondong, Sg. Serendah, Telaga 7, Taman Tasik Widuri dan juga sebuah tasik di Serendah (tepi jalan utama)?

    Pihak MPHS membantu dalam memberi cadangan bagi penambahbaikan dari segi infrastruktur, kawalan keselamatan dan kebersihan. Selain daripada itu, pihak MPHS juga membantu dalam melaksanakan hebahan atau promosi bagi kawasan tersebut sebagai tempat rekreasi dan pelancongan yang boleh dikunjungi oleh pengunjung dari dalam dan luar negara serta membantu dari segi pengurusan pengutipan sampah.

    Perincian status kawalselia kawasan tersebut adalah seperti berikut :

    1. Kawasan Taman Eko Rimba Sungai Sendat dikawalselia oleh Jabatan Perhutanan sepenuhnya dan penyelenggaraan kemudahan di kawasan tersebut dilaksanakan secara kontrak bagi memastikan persekitaran sentiasa dalam keadaan bersih.
    2. Kawasan Hutan Pelajaran Sungai Kedondong, Batang Kali dikawalselia oleh Jabatan Perhutanan di mana kerja-kerja penyelenggaraan kemudahan dan kebersihan di kawasan tersebut dilaksanakan oleh pihak Majlis Perbandaran Hulu Selangor.
    3. Kawasan Sungai Serendah dikawalselia oleh Jabatan Pengariran dan Saliran (JPS) dan kerja-kerja penyelenggaraan kemudahan dan kebersihan di semua kawasan badan air dan sungai di Hulu Selangor dilaksanakan oleh JPS.
    4. Kawasan Telaga Tujuh dikawalselia oleh Jabatan Pengariran dan Saliran (JPS) dan kerja-kerja penyelenggaraan kemudahan dan kebersihan di semua kawasan badan air dan sungai di Hulu Selangor dilaksanakan oleh JPS.
    5. Kawasan Taman Tasik Widuri merupakan kawasan yang berstatus persendirian dan mempunyai hak milik.
    6. Tasik Tepi Jalan Serendah merupakan kawasan yang berstatus persendirian dan mempunyai hak milik.

Lampiran

Tiada Lampiran.