Mesyuarat Kedua Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2015

17 Ogos - 20 Ogos 2015

237) PUSAT PANDU BUANG SAMPAH MERU INDAH INDUSTRI DI PERSIARAN HAMZAH ALANG

Tahun: 2015

Sesi: 2

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Tuan Dr Abdul Rani Bin Osman

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Aktiviti pembuangan sampah haram masih berlaku di hadapan pagar. Apa tindakan MPK?

     

    Tindakan MPK bagi mengatasi masalah pembuangan sampah haram di hadapan pagar Pusat Pandu Buang Sampah Meru Indah adalah seperti berikut:-

     

    • Majlis telah meletakkan planter box dan memasang tali kuning di kawasan pembuangan sampah haram tersebut;
    • Melaksanakan tindakan   penguatkuasaan   dan    operasi                              pengintipan pembuangan sampah haram setiap hari;
    • Melaksanakan pembersihan di buat 3 kali seminggu oleh kontraktor; dan
    • Pemasangan banner larangan buang sampah di lapan (8) lokasi DUN Meru.
  2. Cadangan supaya pusat pandu buang sampah itu dirobohkan dan diganti dengan tapak rekreasi atau tapak dewan serbaguna. Apakah halangannya?

    Majlis tiada halangan ke atas cadangan untuk merobohkan dan memulihkan tapak pusat pandu buang di Taman Meru Indah, Meru kepada pusat rekreasi atau tapak dewan serbaguna. Walau bagaimanapun, keluasan tanah tersebut hanya kecil iaitu 0.306 ekar di mana tidak mencukupi untuk membina sebuah dewan serbaguna. Tambahan pula, syarat nyata tanah tapak tersebut ialah tapak pengolakan dan pembuangan. Malahan, zoning di kawasan sekitar tersebut adalah kawasan

     

    Untuk makluman, terdapat penduduk di kawasan tersebut yang tidak bersetuju dengan cadangan di atas dan mohon untuk dirobohkan struktur pandu buang tersebut. Sehubungan dengan itu, pihak Majlis perlu memperhalusi cadangan- cadangan tersebut.

Lampiran

Tiada Lampiran.