Mesyuarat Kedua Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2016

01 Ogos 2016 - 02 Ogos 2016

80) PUSAT LATIHAN DI KG KEMENSAH HULU KELANG

Tahun: 2016

Sesi: 2

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Tuan Haji Saari Bin Sungib

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Berapakah kos keseluruhan yang dikeluarkan oleh Kerajaan untuk membaik pulih pusat ini?

    Kos projek untuk membaik pulih pusat ini adalah sebanyak RM2.9 juta

     

  2. Apakah program yang akan dijalankan oleh Kerajaan bagi memastikan kegunaan pusat latihan yang optimum dan profesional?

    Program yang akan dijalankan masih dalam peringkat perancangan Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ).

  3. Adakah pusat latihan itu terbuka untuk kegunaan awam?

    Ya, pusat latihan akan dibuka untuk kegunaan orang awam.

     

Lampiran

Tiada Lampiran.