Mesyuarat Pertama (Pembukaan) Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2025
18 Februari - 21 Februari 2025, 24 Februari - 28 Februari 2025 dan 3 Mac 2025
195) PUSAT KONSERVASI BURUNG ENGGANG
Tahun: 2025
Sesi: 1
Isu: n/a
Adun: Y.B. Tuan Mohd Razali Bin Saari
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Nyatakan status terkini proses pembatalan permit penggunaan Pusat Konservasi Burung Enggang kepada JPNS yang bertarikh 28.02.2023.
Mesyuarat Majlis Kerajaan Negeri Selangor Darul Ehsan (MMKN) Ke 20/2015 yang telah bersidang pada 24 Jun 2015 dan telah disahkan oleh MMKN Ke 21/2015 bertarikh 1 Julai 2015 telah meluluskan permit penggunaan bagi kawasan seluas ±1.0 hektar di sebahagian Kompt 31, Hutan Simpan Sungai Karang kepada Majlis Daerah Sabak Bernam (MDSB) bagi tujuan Menara Tinjau Pusat Konservasi Burung Enggang. Sehingga Februari 2023, Menara Tinjau Pusat Konservasi Burung Enggang berkenaan berada di bawah tadbir urus MDSB sepenuhnya sebagai pemegang permit penggunaan.
Pada 28 Februari 2023 Jabatan ini telah menerima permohonan pembatalan permit penggunaan daripada MDSB. Selaras dengan Seksyen 17, Enakmen (Pemakaian) Akta Perhutanan Negara 1985 seperti kenyataan berikut:
‘Apabila tamatnya mana-mana lesen, lesen kecil atau permit penggunaan yang dikeluarkan di bawah Akta ini atau mana-mana undang-undang hutan terdahulu, terletak hak kepada Pihak Berkuasa Negeri semua bangunan yang terletak atas tanah itu (dibina oleh sesiapa pun) selain apa-apa binaan sementara dan yang boleh diubah alih’.
Jabatan ini masih menunggu inventori lengkap daripada pemegang permit ke atas bangunan-bangunan yang berada di atas kawasan permit penggunaan tersebut bagi proses peralihan aset mengikut Tatacara Pengurusan Aset Tak Alih Kerajaan.
-
Apakah bangunan yang dibina di tempat tersebut telah mendapat CCC?
JPNS ini masih belum menerima maklumat penuh daftar aset tak alih kerajaan ke atas bangunan-bangunan tersebut daripada MDSB (pemegang permit penggunaan) iaitu agensi yang membangun dan menguruskan Pusat Konservasi Burung Enggang tersebut. Berdasarkan semakan dengan pihak MDSB Certificate of Practical Completion(CPC) telah dikeluarkan.
-
Nyatakan data kehadiran pelancong dalam dan luar negara ke Pusat Konservasi Burung Enggang.
Tiada maklumat pengunjung direkodkan.